Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
transgender sukan wanita
Gambar: AFP

World Athletics Larang Transgender Bertanding Acara Sukan Wanita

Nur Syahirah Zainoor Hisham

World Athletics Larang Transgender Bertanding Acara Sukan Wanita

Badan Olahraga Dunia (World Athletics) mengumumkan keputusan untuk melarang atlet transgender daripada bertanding dalam acara sukan olahraga wanita.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Presiden badan tersebut, Sebastian Coe pada Khamis.

”Badan ini bersetuju untuk melarang atlet lelaki atau wanita transgender yang sudah mencapai usia akil baligh daripada menyertai acara sukan olahraga wanita peringkat dunia. Ketetapan ini bermula 31 Mac ini,” katanya.

Coe memaklumkan setakat ini tiada mana-mana atlet wanita transgender bertanding dalam mana-mana acara sukan olahraga wanita di peringkat dunia.

Menjelaskan lagi keputusan tersebut, Coe berkata Badan Olahraga terlebih dahulu berjumpa dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.

Antara pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuklah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, persatuan-persatuan kebangsaan dan kumpulan aktivis trans.

”Majoriti pihak yang kami jumpa memberi pendapat bahawa atlet wanita transgender tidak sepatutnya bertanding dalam acara olahraga wanita,” katanya lagi.

Beberapa langkah diambil bagi ‘melindungi kategori wanita’

Coe berkata bahawa keputusan untuk mengasingkan wanita transgender adalah satu keperluan bagi melindungi kategori olahraga wanita secara menyeluruh.

“Ramai yang mengatakan, masih terdapat kekurangan bukti bagi menunjukkan wanita transgender tidak memiliki kelebihan ke atas wanita tulen. Mereka juga mahukan bukti, khususnya berkenaan kelebihan fizikal sebelum mempertimbangkan keputusan untuk memasukkan kumpulan ini dalam kategori wanita,” kata Coe.

Coe menambah, pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu penyertaan golongan transgender dalam sukan olahraga.

Sebelum ini, badan yang menguruskan hal ehwal sukan renang di seluruh dunia, FINA mengambil keputusan melarang atlet wanita transgender daripada menyertai pertandingan peringkat elit.

Larangan itu terpakai kepada atlet trangender yang mencapai usia akil baligh sebagai lelaki.

Atlet DSD perlu mengurangkan paras hormon testosteron

Selain itu, badan tersebut mengundi untuk bersetuju dengan pekeliling baharu berkenaan penyertaan atlet yang mengalami masalah perkembangan seksual (DSD).

Atlet DSD adalah atlet memiliki testis lelaki tetapi tidak menghasilkan cukup hormon Dihydrotestosterone (DHT) yang diperlukan bagi pembentukan alat kelamin luar lelaki.

Coe berkata, terdapat 13 orang atlet yang mungkin terjejas dengan undang-undang baharu DSD ini. Antaranya adalah Caster Semenya, juara Olimpik dua kali bagi acara trek 800 meter.

Untuk bertanding pada Olimpik seterusnya, Semenya perlu menjalani rawatan pengurangan hormon selama enam bulan.

Semenya tidak mahu melakukan rawatan itu lagi setelah menjalani rawatan yang sama dalam masa sedekad, ketika undang-undang sebelum ini mewajibkannnya untuk berbuat demikian.

BACA: Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara

Sumber: DW