Terkini

Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam

Hari Arafah Yang Istimewa, Hari Doa Paling Mustajab – Mufti

Nur Farra

Hari ini dianggarkan seramai 30,200 jemaah haji Malaysia dijemput menjadi tetamu Allah untuk musim haji ini dan berkumpul di Arafah bagi melaksanakan rukun haji utama iaitu berwukuf.

Sesungguhnya sudah termaktub dalam kitab suci Al-quran, rahmat Allah yang diturunkan pada hari Arafah terutama ketika wukuf terlalu besar dan banyak. Tarikh 9 Zulhijjah merupakan hari paling istimewa buat jemaah haji yang berhimpun di sana.

Ketika itulah langit akan terbuka seluas-luasnya dan inilah saatnya setiap daripada mereka dan kita juga yang berada di bumi yang lain untuk memperbanyakkan solat, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, bermunajat dan memohon keampunan terhadap dosa lampau.

Peristiwa Rasulullah SAW berwuquf bersama 144,000 orang Islam di Padang Arafah dan menyampaikan amanat telah dilakar di dalam sejarah serta diabadikan dalam kehidupan umat Islam. Khutbah mengandungi beberapa aspek pengajaran yang menyentuh kehidupan harian masyarakat Islam telah diungkap dan diserlahkan pada hari kesembilan Zulhijah tahun ke-10 Hijrah itu, antaranya bermaksud:

“Wahai manusia, dengarlah bicaraku kerana tidak ku ketahui kemungkinan aku tidak akan bertemu lagi dengan kamu selepas ini di tempat ini. Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah terjamin dan dipelihara sepertimana sucinya hari Arafah ini, mulianya bulan Zulhijah dan negeri Mekah ini.

  • Ketahuilah bahawa semua pekerjaan dan urusan zaman jahiliah (sebelum perutusan baginda menjadi Nabi) berada di bawah tapak kakiku, ia tidak berharga, begitu juga tuntutan penumpahan darah jahiliah juga tiada nilainya (tidak akan diuruskan). Urusan riba jahiliah tidak dibenarkan sekali-kali (tiada tuntutan bagi mendapatnya kembali).

  • Takutlah (azab) Allah dalam (menjalankan urusan) para wanita, mereka telah (dijadikan isteri-isteri kamu) dengan amanah (tuntutan wajib daripada) Allah, dihalalkan kepada kamu kemaluan mereka (dengan menggauli mereka) dengan (melafazkan aqad nikah menggunakan) kalimah (nama) Allah. Justeru diharamkan mereka (membenarkan diri disentuh oleh) lelaki lain, jika mereka langgar larangan tersebut maka kamu pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan (untuk memberi pengajaran sahaja), namun demikian kamu tetap berkewajipan memberikan mereka makanan dan pakaian dengan cara yang baik.

  • Ku tinggalkan bagi kamu (untuk diamalkan), kamu tidak akan sesat jika berpegang dengannya, iaitu Kitab Allah (al-Quran). Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku dan tiada lagi umat (yang bakal datang) selepas kamu. Abdikan diri kamu kepada Allah Tuhan kamu, dirikan solat lima waktu (yang difardukan) itu, kerjakan puasa sebulan (Ramadan), keluarkan zakat harta kamu, dengan rasa reda dari hati sanubarimu, tunaikan ibadah haji di Baitullah, taatilah pemimpin-pemimpin kamu, nescaya kamu akan memasuki syurga Tuhanmu.

  • Kamu akan menemui Tuhanmu (meninggal dunia), maka pasti ditanya tentang amalanmu. Janganlah kamu kembali berada di dalam kesesatan selepas kewafatanku yang menyebabkan sebahagian kamu memerangi (membunuh) sebahagian yang lain.

  • Ketahuilah bahawa orang yang melakukan jenayah dan kesalahan, ia pasti ditanggung oleh pelakunya sendiri (bukan orang lain), begitu juga, kesalahan bapa tidak akan ditanggung oleh anaknya dan bapa juga tidak akan menanggung kesalahan anaknya. Sesungguhnya syaitan tidak dapat memurtadkan kamu di dalam negeri (Mekah) ini tetapi dia tetap terus mencuba untuk menundukkan kamu supaya mentaati perintahnya walaupun dalam sekecil-kecil perlakuan sehingga dia gembira dengan kejayaannya itu,” – Rahiq Makhtum.

Hari Arafah banyak kelebihan, antaranya:

1) Hari penyempurnaan agama dan nikmat

2) Hari raya bagi seluruh umat Islam.

3) Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa’) dalam surah al-Fajr.

4) Sebaik-baik hari

5) Menyamai 10 000 hari

Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000. Daripada Anas bin Malik, beliau telah berkata , ”Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000.”

6) Haji yang Agung

7) Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun

8) Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah

9) Berpuasa pada hari itu

Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur, pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji tahun ini, perbanyakkan amalan pada hari Arafah ini. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.

Sumber: Mufti WP