Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah jua hubungan adik beradik yang tak akan terputus sehingga ke akhir hayat. Biar lama terpisah, jika sudah tertulis takdir Tuhan bertemu kembali, pasti akan bersama jua.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis di laman sosial Twitter yang menyentuh hati ramai netizen. Pada awalnya, dia mencari kesemua adik beradiknya itu seramai tiga orang dengan menyatakan bahawa mereka telah terpisah sejak dia berusia 8 tahun.
Walau pelbagai usaha telah dijalankan sebelum ini untuk mencari mereka, namun tetap gagal dan menemui jalan buntu.


Perkara yang tidak disangkakan akhirnya terjadi. Salah seorang adik-beradik gadis tersebut muncul dan bertanya adakah dia kakak yang dicari oleh gadis itu selama ini?

Malah, salah seorang lagi kakak gadis tersebut juga tampil menyatakan bahawa dia pernah mencuba mencari adiknya dengan meminta bantuan netizen di laman sosial Instagram namun tidak ditemui.



Sementara itu rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan menyifatkan pertemuan adik-beradik itu sebagai sesuatu yang istimewa dan menyentuh perasaaan. Sebak dan terharu.



Sumber : Twitter Elyna