Siakap Keli
Gambar: Vice.com

Dikenali Sebagai ‘Si Pemborong Ijazah’, Lelaki Ini Dakwa Miliki 32 Gelaran Akademik

Welin Kusuma, seorang jejaka hebat yang berasal dari Makassar, Indonesia ini mempunyai 32 gelaran akademik dan bukan akademik (non-academic). Jika ditulis nama penuh bersama gelarannya itu, ia akan menjadi begitu panjang seperti ini:

Welin Kusuma, S.T., S.E., S.Sos., S.H, S.Kom., S.S., S.Ap., S.Stat., S.Akt., S.I.Kom., S.I.P., M.T., M.S.M., M.Kn., RFP-I, CPBD, CPPM, CFP, Aff.WM, BKP, QWP, CPHR, ICPM, AEPP, CBA, CMA, CPMA, CIBA, CBV, CERA, CSA, ACPA.

Yaa, sangat panjang! Ada 32 kesemua nama gelarannya.

Welin dikatakan telah melanjutkan pengajiannya di universiti sejak dari tahun 1999 lagi. Beliau sentiasa mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk belajar dan merasakan bosan. Malah beliau bukan belajar dalam satu bidang tetapi pelbagai bidang pengajian.

“Pengajaran bagi saya adalah hobi. Saya sangat suka tiap kali menghadiri kuliah mendapatkan pengetahuan baru. Malah saya juga yakin dengan menimba ilmu, ia akan dapat menjadi sesuatu yang berguna kepada saya sekarang dan juga di masa hadapan.”

Gelaran-gelaran itu bukan sahaja diperolehi ketika menghadiri kuliah tetapi juga pensijilan kepakaran beliau yang dikategorikan sebagai “pendidikan profesional”. Secara keseluruhannya, Welin mendakwa mempunyai 11 gelar sarjana muda, 3 gelar sarjana, dan 18 darjah pendidikan profesional.

Di sana, beliau diberi gelaran “Si Pemborong Ijazah”.

Sumber: Vice.com & Suratkhabar.Id

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.