Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita
MUAR, 3 Jan (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh enam bulan lagi kepada kenderaan bernombor pendaftaran dari Singapura untuk memasang Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi memasuki negara ini di kedua-dua pintu masuk utama di Johor.
Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Shaharuddin Khalid berkata pemasangan RFID yang dikuatkuasakan bersama pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) tertangguh sebelum ini bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan terbabit untuk memasang sistem berkenaan.
Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 230,000 kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sudah berdaftar untuk VEP, namun, hanya sekitar 60,000 kenderaan sahaja sudah didaftarkan untuk sistem RFID.
“Saya yakin bahawa kerajaan dan warga Singapura sudah maklum berkenaan VEP dan sistem RFID ini, selain mengharapkan mereka dapat mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Shaharuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Stesen Penguatkuasa Lebuh Raya JPJ Zon Selatan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Arah Selatan di sini, yang turut dihadiri Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.
Mengulas mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak, Shaharuddin berkata masih belum ada saman dikeluarkan pihaknya memandangkan dalam masa enam bulan ini, pihak JPJ melaksanakan pendekatan pendidikan dan pencegahan.
Sementara itu, Azman berkata kerjasama pihaknya dengan JPJ menerusi pengwujudan Stesen Penguatkuasa Lebuh Raya dan Unit Penguatkuasaan Lebuh Raya (UPLR) terbabit adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di semua lebuh raya kendalian PLUS.
Beliau berkata, sebelum ini dua stesen dan UPLR sudah dibuka iaitu di R&R Dengkil di Selangor pada 12 Feb, 2018 untuk zon tengah dan R&R Gunung Semanggol, Perak pada 25 Jan tahun lepas untuk zon utara.
Sumber: BERNAMA