Tular baru-baru ini, kisah seorang warga emas yang merindui arwah isterinya dengan mendengar semula rakaman ‘voice note’ suara arwah tanpa jemu, berulang kali di telefon bimbitnya.
Kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Eddie Dieana di Facebook itu,ternyata mengundang simpati ramai sehingga dikongsi puluhan ribu warganet di media sosial.
Eddie yang mencari semula pakcik yang dikenali sebagai Pakcik Rosli atau Pok Ali yang berasal dari Muar itu, sempat ‘menggali’ kisah yang berlaku dalam hidup warga emas itu buat tatapan semua.
Sempat mengirimkan salam sayang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakannya, kisah Pok Ali memberikan seribu satu pengajaran untuk menghargai insan tersayang selagi hayat dikandung badan.
Setelah viral cerita pakcik yg voice note arwah isterinya haritu.. saya mula menyesal.. kenapalah saya tak ambik no telefon pakcik tu..
tapi saya terfikir balik… mana lah saya tahu akan jadi viral macamnikan.. lagi pun hari tu tanya just spontan je bebual.. tak sangka rakyat Malaysia ramai yg bersimpati dengan nasib pakcik tu..
Ramai yang PM saya kalau boleh nak tengok muka pakcik tu.. ada yang mintak detail.. dan bermacam-macam lagi.. saya pun terpanggil untuk cuba share sekali lagi.. sambungan kisah pakcik tu..
Mencari semula Pakcik hingga ke Woodlands 888
Lalu saya pun melangkah sekali lagi ke woodlands 888.. untuk mencari pakcik tu.. tapi niat saya untuk mencari pakcik tu tidak kesampaian..
Saya teringin sangat nak bagitahu dekat pak cik tu yang kisah dia dan arwah wife dia tengah viral sekarang..
Setelah agak lama menunggu.. kami berdua hampir patah semangat dan hendak pulang ke hotel kami..
Lihat Pakcik sedang melintas jalan
Sedang menunggu traffic light bertukar hijau tak jauh dari kedai tu.. kami nampak kelibat pakcik tu berkopiah sedang lintas jalan..
Saya dan sahabat saya terus patah balik, parking motor kami dan terus mengekori pakcik tersebut.. Ye.. kalini nasib kami kurang baik.. sebab pakcik tu nampaknya sedang berbual dengan orang lain.. so, kami tak berani menerpa..
Kami tunggu waktu yg sesuai untuk datang tegur pakcik tu.. setelah hampir 10 minit akhirnya.. masa yang kami tunggu-tunggu.. pakcik tu dah keseorangan semula..
Kerja ‘security’ di Singapura
“Assalamualikum pakcik, nak pergi bungkus makanan lagi ke?”
Dengan senyuman di wajahnya.. pakcik tu menjawab..
“Aah dik, bungkus je lah.. senang.. Lepas makan boleh terus buang..”
Aku teruskan pertanyaan lagi..
“Pakcik memang tinggal area sini ke?”
“Eh tak lah dik.. Pakcik tinggal dalam Commercial Building..” jawab pakcik tu..
”Commercial Building? maksud pakcik?” tanya ku lagi.. (dengan muka yang agak keliru)
“Pakcik tidur dekat stor yang company provide untuk cleaner.. Pakcik tumpang tidur situ dengan 1 budak melayu cleaner dari Kelantan..”
Pakcik: “Taklah, baru 3 tahun. dulu pakcik ulang alik dari JB, sewa rumah dekat Taman Perling.. lepas arwah makcik meninggal, buat apa lagi pakcik nak susahkan diri ulang alik.. tidur dekat stor je lah.. bukan ada sesiapa pun kalau Pakcik balik ke sana..”
Aku: “Pakcik kerja apa dekat sini?”
Pakcik: “Pakcik kerja Relief security night shift..pakcik bukan permanent dekat Woodlands ni.. esok lusa tukar ikut deployment yg di tetapkan oleh patroling officer..siang hari pakcik balik ke stor pakcik..”
Aku mula beranikan diri untuk nak bercerita dengan pakcik tu..
“Pakcik, nak tahu tak.. kisah pakcik dengan arwah isteri pakcik sekarang tengah viral tau dekat FB.. 1 malaysia nak tahu pasal pakcik..”
Pakcik: “Apa yang viral, pakcik tak faham.. pakcik tak ada FB.. tak pandai guna..”
Aku: “Kisah pakcik main voicenote arwah isteri pakcik tu.. saya ceritakan semula di FB saya.. 1 malaysia nak tahu pasal pakcik sekarang.. dah hampir 70K likes, 15K comments dan 40k ulangsiar kisah pakcik tau..”
Sambil menghulur Handphone aku kepadanya.. aku tunjukkan screenshot semua komen-komen netizen kepada pakcik tu..
”Tak sangka ramai yang ambil berat pasal Pakcik..”
Pakcik: Allah…. Allah..
Dia menangis.. terdiam seketika..
Allah.. saya terkedu.. saya terdiam.. berat betul dugaan pakcik ni..
Sebelum berakhir perbualan antara kami.. Pakcik tu ada bagitahu nama dia Rosli Bin xxxxxx.. dia dah mendapat kewarganegaraan Singapura sebab isteri dia orang Singapura.. berumur 59 tahun..
”Jangan ikut jejak langkah Pakcik..”
Dia jugak ada pesan, jangan ikut jejak langkah dia.. nanti menyesal seumur hidup.. untuk rapatkan ukhwah suami isteri.. di rumah jangan main telefon.. luangkan masa sepenuhnya dengan isteri..
Sebelum beredar.. saya ada meminta permintaan terakhir untuk bergambar dengan pakcik untuk di sharekan di FB.. tapi pakcik tak bagi kebenaran.. sebab dia malu.. dia pendosa katanya..
Saya juga ada bertanyakan nombor telefon.. tapi pakcik enggan memberi.. apa lagi yang mampu saya katakan..
Sepanjang perjalanan pulang ke hotel.. aku sugul.. termenung dengan apa yang pakcik tu kongsikan.. rupanya rumah yang dia maksudkan hanyalah stor di bawah tangga di dalam bangunan komersial..
Aku ingatkan drama dalam TV je yg macam ni.. rupanya dalam realiti masih ada..
Sambungan bahagian akhir:
Part 3Setelah berjaya bertemu dengan pakcik tu..Ramai yg terkesan dengan apa yg Pakcik Rosli lalui.. begitu jugak…
Posted by Eddie Dieana on Friday, 10 April 2020
Sumber: Eddie Dieana