Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas

SOP Pembukaan Semula Taman Rekreasi, Kedai Gunting, Gimnasium Dan Kedai Gambar Di Sarawak Diperhalusi

Nor Azilah

KUCHING, 3 Jun — Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pembukaan taman rekreasi, kedai gunting rambut, pusat atau gimnasium kecergasan dan kedai gambar.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keputusan ini dibuat berikutan pencapaian negeri itu dalam mengurangkan jumlah kes baharu COVID-19 sejak awal bulan Mei.

“Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan graf kejadian kes COVID-19 menunjukkan penurunan yang berterusan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan pengurusan COVID-19 negeri di sini, hari ini.

Menurut beliau, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah juga akan mengadakan sidang media esok, bagi memberi penjelasan berhubung pembukaan semula taska di negeri ini bermula 9 Jun.

“Kementerian (yang diketuai) Datuk Seri Fatimah sebenarnya telah menyiapkan prosedur untuk membuka semula taska dan sekarang sedang memanggil semua pengendali taska untuk menjelaskan SOP,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Uggah berkata berkuat kuasa 9 Jun ini, semua warganegara yang masuk ke Sarawak diwajibkan membuat saringan COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing tiga hari sebelum memasuki negeri ini.

Peraturan itu juga turut merangkumi penjawat awam yang berkhidmat di Semenanjung, Sabah dan Labuan.

Menurut beliau, semua warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara yang telah dikuarantin di Semenanjung Malaysia perlu menunjukkan perintah pelepasan daripada Kementerian Kesihatan dan keputusan saringan COVID-19 yang negatif sebelum masuk ke Sarawak.

“Dalam pada itu, semua warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara yang belum dikuarantin di Semenanjung atau transit dari KLIA terus ke Sarawak, mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di hotel.

“Kos penginapan mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak berkuat kuasa 1 Jun.” katanya.

Sumber: Bernama