Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Daily Mail

(Video) Kisah Sedih Bapa ‘Mengembara’ 24 Tahun Cari Anak Diculik Sejak Usia 2 Tahun, Akhirnya Bersatu Semula Dan Diangkat Sebagai Filem Terkenal

Amira

Selepas lebih dua dekad terpisah, akhirnya takdir menemukan seorang anak dengan ibu bapanya di China.

Lapor Daily Mail, Guo Xinzhen telah dilarikan penculik semasa usianya dua tahun sebelum dijual. Dia dipercayai telah diculik ketika sedang bermain di luar rumah mereka di wilayah Shandong pada 1997.

Lantaran itu, si bapa, Guo Gangtang, 51, telah mengembara lebih 310,000 batu (kira-kira 498,896 kilometer) demi mencari anak yang dikasihi.

Dia dikatakan menghabiskan masa 24 tahun mengembara ke 20 wilayah di negara itu dengan menaiki motosikalnya. Malah, sepanjang pencarian, dia telah mengalami beberapa kecelakaan sehingga menyebabkan patah tulang selain berhadapan dengan perompak di jalan raya.

Penuh harapan, Guo Gangtang telah mencetak gambar anaknya pada sepanduk yang kemudiannya diikat pada motosikal. Sekurang-kurangnya 10 sepanduk telah digunakan dan rosak sepanjang misi tersebut.

Kredit: Daily Mail

Lebih menyentuh perasaan, lelaki itu juga dikatakan telah tidur di bawah jambatan serta mengemis selain membantu tujuh keluarga lain bersatu dengan anak mereka yang telah diculik.

Dengan bantuan pihak polis mengesan si anak melalui ujian DNA, keluarga itu akhirnya disatukan pada Ahad, tulis portal itu.

Tambah Daily Mail, si anak kini bekerja sebagai seorang guru selepas menamatkan pembelajaran di universiti.

Mengulas mengenai kejadian 24 tahun lalu, pihak polis mendakwa sepasang kekasih telah menjadi dalang sebalik penculikan berkenaan.

Pasangan yang kini telah ditangkap itu didakwa telah melarikan Guo Xinzhen sebelum membawanya menaiki bas ke Hunan dan menjual kanak-kanak itu di sana.

“Sekarang anak dah dijumpai, semuanya akan gembira sahaja bermula sekarang,” kata Guo Gangtang yang telah menjadi ahli aktif organisasi orang hilang tempatan sejak sekian lama.

Lapor Daily Mail, sekitar 20,000 kanak-kanak di negara itu diculik setiap tahun dan ramai daripadanya dijual untuk tujuan pengangkatan.

Sumber: Daily Mail