Gelagat oyen sememangnya sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana ia sedikit berbeza dengan kucing-kucing yang lain. Manakan tidak, ada saja perkara tidak terjangka yang dilakukan oleh kucing itu.
Sama seperti si oyen yang tular di TikTok ini yang nampaknya bertukar menjadi seperti seekor ‘ular’ dengan mengengsot di atas rumput.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @rostikadewi4 itu, oyen tersebut dipercayai sudah lama tidak keluar dari rumah dan berjalan-jalan. Ia seperti tidak biasa berjalan di atas padang yang luas itu dan mungkin juga merasa ketakutan.
Agak pelik sebenarnya melihat oyen dalam keadaan begitu kerana biasanya ia akan kelihatan berani dan tidak takut kepada apa-apa.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 4.1 juta tontonan di TikTok.
@rostikadewi4 Kochenk ngesot 🤣 #fypシ
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat oyen itu dan menyamakannya dengan beberapa haiwan seperti ulat, buaya dan hamster.
Sumber: rostikadewi4