Jumlah kenderaan di Jambatan Pulau Pinang didapati bertambah berikutan aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan bermula hari ini.
Keadaan itu dirakam wartawan foto Bernama menerusi tinjauan yang dibuat di jambatan tersebut dan dikongsikan di laman Twitter agensi berita.
Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 merentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.
Pengumuman rasmi kebenaran rentas negeri itu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas secara langsung semalam.


Selamat merentas…
Jumlah kenderaan bertambah di Jambatan Pulau Pinang berikutan aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula hari ini.
Kerajaan bersetuju benarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 merentas negeri tanpa perlu dapatkan kebenaran polis.
📸 K.Ganeson pic.twitter.com/FjnQsN1WvJ
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 11, 2021
Sumber: Bernama