Siakap Keli

(Video) Lama Tak Jumpa, Dua Beradik Menangis Sayu Akhirnya Boleh Bersua Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti rentas negeri yang telah dibenarkan bermula semalam dianggap sebagai tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Perasaan apabila dapat pulang ke kampung bagaikan seperti berada di musim perayaan.

Pastinya ia merupakan detik-detik bermakna yang selama ini dinantikan oleh semua orang terutama individu yang berada di perantauan dan berjauhan dengan ibu bapa serta sanak saudara.

Bayangkan perasaan hiba dan sayu kerana akhirnya  dapat bertemu insan yang selama ini berada jauh di mata.

Seperti yang dialami oleh dua beradik ini yang tidak dapat menahan perasaan apabila dapat bertemu semula setelah sekian lama.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Tina Ozair di TikTok, tiada kata-kata yang mampu diucap, hanya pelukan dan airmata kegembiraan yang mengiringi pertemuan mereka itu.

Menurut Tina, bapanya sudah lama tidak dapat bertemu dengan bapa saudaranya yang berada di Raub, Pahang.

Bagai di rodak hati. Sedih time nie Allah saja tau. Masa nie Abah lama tak jumpa Abg dia. Sorang di raub sorang di alor star,” kata Tina.

@tinaozair

Bagai di rodak hati..Sedih time nie Allah saja tau…Masa nie Abah lama tak jumpa Abg dia. Sorang di raub sorang di alor star #tiktok #fyp #kisahsedih

♬ bunyi asal – ku punya hati – ku punya hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasa sebak apabila melihat momen mengharukan tersebut.

Sumber: tinaozair

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.