‘Salam dari Binjai’, satu frasa yang tiba-tiba menjadi tular telah menarik perhatian ramai pihak, termasuklah netizen di Malaysia.
Untuk yang belum pernah mendengar ungkapan ini, ia dipopularkan oleh seorang lelaki yang berasal daripada Binjai, sebuah kawasan di Sumatera, Indonesia.
@parispernandes_ Balas @vitosinagaprank salam bang darii binjaiiii, #fyp #parispernandes #medan #binjai #mma #salamdaribinjai #viral #fypindonesia #fyoupage
Pemuda yang dikenali sebagai Paris Pernandes, boleh dikatakan sebagai seorang selebriti yang sangat popular di TikTok. Memiliki bentuk tubuh yang sasa dan tangan yang berotot, Paris merupakan seorang peminat sukan tinju dan bergerak aktif dalam sukan berkenaan bersama Persatuan Tinju Binjai.
Malah, dia juga seringkali memuat naik videonya sedang berlatih sukan berkenaan dan antara yang paling popular ada ribuan pokok pisang yang menjadi mangsa tumbukan padunya.
Aksi-aksi itu kemudian menjadi viral dan ramai pengikutnya di TikTok ternanti-nanti kerana teruja melihat kekuatan penumbuk yang dimiliki pemuda tersebut.
@parispernandes_ Balas @riofahrezaa tetap redah hati abangda. salam dari binjai. #fyp #parispernandes #binjai #tinju #medan #salamdaribinjai #viral #mma #fypindonesia
Paris sendiri tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka itu mendapat sambutan ramai. Malah, ungkapan yang selalu diucapkannya di dalam video iaitu ‘Salam Dari Binjai’ juga menjadi viral dan digemari ramai.
Beberapa minggu lalu, dia sempat berlatih bersama dengan seorang petarung MMA, Iwan Suwandaru dan berkongsi aksi sparring mereka di laman Youtubenya.
Walaupun mempunyai asas bertarung yang bagus, Paris dilihat bergelut ketika berdepan dengan Iwan. Memang diakui Paris memiliki tumbukan yang berbahaya, namun dia menghadapi masalah ketika bertahan dan menerima serangan daripada Iwan yang dilihat memiliki skill yang lebih ampuh.
@parispernandes_ Balas @yogaapraw17 gak setingan ya abangdaa. salam. #fyp #parispernandes #binjai #medan #tinju #badangtiktok #lucu #fypindonesia #viral
Iwan dilihat tiada masalah untuk ‘mendaratkan’ tumbukan pada tubuh Paris. Boleh dikatakan, majoriti tumbukan yang dilepaskannya mengenai sasaran tepat.
Mereka bertarung dalam dua pusingan. Walaupun ia hanya sparring dan penumbuk Paris juga berjaya singgah pada tubuh dan muka Iwan, namun Iwan dilihat sebagai pemenang yang jelas dalam aksi ini.
Sumber: Paris Pernandes