Seorang bekas bintang realiti TV, Stephanie Matto mendedahkan bahawa dia meraih pendapatan dengan menjual kentutnya di dalam balang, lapor Metro UK.
Dia juga dikatakan mampu meraih pendapatan sebanyak RM212, 466 dalam masa seminggu.
Dia menggunakan jumlah pengikutnya di laman media sosial untuk dengan menjadikan mereka sebagai pelanggannya untuk dia menjual produk tersebut.
Yang dikatakan dijual pada harga RM 4,237 sebalang, dan membuat promosi sebanyak 50% baru-baru ini.
Matto mula dikenali selepas dia muncul dalam sebuah rancangan yang memaparkan sama ada dua pasangan bercinta atau tunang tersebut akan melansungkan perkahwinan atau tidak selepas tiga bulan mereka menghabiskan masa bersama.
Ekoran daripada kenaikan namanya selepas rancangan tersebut, menunjukkan bahawa ramai orang yang mahu membeli kentutnya itu.
Stephanie turut menyatakan bahawa untuk menghasilkan angin dalam badannya dia makan banyak protein seperti yoghurt, telur rebus, dan kekacang.
Dia juga berkata bahawa dia suka membaca sambil menunggu badannya memproses gas-gas tersebut.Tambahan lagi, dia juga akan memberikan sekuntum bunga ke dalam balang yang telah dia simpan kentut tersebut.

Hal ini demikian kerana, menurutnya kuntuman bunga tersebut akan menjadikan bau tersebut lebih kuat dan tahan agak lama sekurang-kurangnya dua hari.
“Saya rasa menjual kentut ialah satu perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza,” katanya lagi.
Setakat ini, Stephanie telah menghantar 97 balang yang di pesan dan semakin di banjiri permintaan sehingga dia bergelur untuk memenuhi permintaan tersebut.
Sumber: Mirror