Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya

MPPD Sasar Kedatangan 4 Juta Pelancong Ke Port Dickson

Sofea

PORT DICKSON, 10 Mac (Bernama) — Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan kedatangan empat juta pelancong ke daerah itu menjelang akhir tahun ini susulan pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April ini.

Yang Dipertua MPPD Mohd Zamri Mohd Esa berkata pengumuman pembukaan sempadan itu juga dijangka memberikan impak besar terhadap peningkatan ekonomi dalam sektor pelancongan di negeri ini terutamanya Port Dickson yang merupakan destinasi tumpuan pelancong.

Beliau berkata seramai 2.8 juta pengunjung ke Port Dickson direkodkan pada tahun lepas apabila pelaksanaan rentas negeri dibenarkan.

“Setelah rentas negeri dibenarkan, kehadiran pengunjung pernah mencecah 65,000 orang setiap minggu, jadi apabila pembukaan sempadan ini dibenarkan, saya jangkakan jumlahnya berlipat ganda tambahan daerah ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong.

“Segala persediaan dilakukan dengan pelbagai tarikan pelancongan utama melalui produk serta program pelancongan bertaraf antarabangsa seperti Port Dickson International Thiathlon (PDIT) dan Port Dickson Viper Beach Challenge dijangka dilaksanakan selepas Aidilfitri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April dan menyifatkan langkah itu selari dengan perancangan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’.

MPPD turut menambah baik kios penjaja di Pantai Saujana, medan selera dinaik taraf berkonsepkan kontena di Pantai Teluk Kemang, pembinaan arca di Pantai Saujana sebagai tarikan pengunjung untuk berswafoto serta menambah lampu hiasan di sekitar bandar Port Dickson.

Mohd Zamri berkata antara lokasi tumpuan di Port Dickson adalah 11 pantai yang terdapat di daerah itu serta kepelbagaian produk pelancongan seperti Muzium Tentera Darat , Muzium dan Kota Lukut, PD Ostrich Farm serta destinasi makanan laut.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel (MAH) Negeri Sembilan Haziz Hassan berkata pembukaan sempadan negara akan meningkatkan tempahan hotel terutama di Port Dickson dan membolehkan industri perhotelan bangkit semula serta berdaya saing.

“Dengan adanya kemasukan pelancong dari luar negara akan menjana semula pendapatan sektor pelancongan yang terjejas. Port Dickson merupakan satu daripada destinasi menarik untuk dikunjungi terutamanya bagi pelancong luar iaitu dari Singapura dan China,” katanya sambil menambah pihak hotel sentiasa bersedia menerima pelancong dari luar negara dengan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

Beliau berkata tempahan hotel di negeri ini merekodkan sebanyak 24.4 peratus pada tahun lepas dan menjangkakan tempahan meningkat 20 hingga 25 peratus setelah pembukaan sempadan negara nanti.

“Pihak hotel juga akan menyediakan tawaran diskaun penginapan paling menarik kepada pengunjung terutama pada hari biasa dan harga menarik bagi tempahan secara kumpulan,” katanya.

Sumber: BERNAMA