Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Foto: Bernama

Aktiviti Sukan, Kokurikulum Sekolah Dibenarkan Mulai Isnin Ini – Radzi

Edayu

PUTRAJAYA, 17 Mac (Bernama) – Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja, dan garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 berhubung kebenaran itu akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

“Sudah pasti ini berita gembira buat anak-anak kita yang selama ini hanya berada dalam bilik darjah sahaja. Kita ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus COVID-19 sebelum beralih ke fasa endemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan (KPM) di sini hari ini.

Pada 10 Jun lepas KPM menetapkan bahawa sebarang aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan susulan pandemik COVID-19.

Sementara itu merujuk kepada rancangan penyediaan lokar di sekolah rendah bagi menangani isu beg murid yang berat, Radzi berkata KPM dalam proses mengenal pasti spesifikasi lokar, bagi menentukan jenisnya, dan memastikan kualiti terbaik bagi membolehkan ia digunakan untuk jangka panjang.

“KPM sedang berusaha menjalankan proses pemasangan secepat mungkin setelah kita kenal pasti lokasi sesuai di kawasan sekolah, namun ada tatacara serta proses yang perlu dipatuhi,” katanya.

Pada 6 Mac lepas, Radzi mengumumkan penyediaan lokar di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini sebagai pendekatan menangani isu beg murid yang berat.

— BERNAMA