Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cara solat atas bot
Kredit: BERNAMA

Khas Buat Kaki Pancing, Ini Cara Tunai Solat Atas Bot

Akhmar Ikmal

Solat fardhu lima waktu merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam walau di mana jua kita berada. Sering kita dengar atau baca berkenaan cara menunaikan solat sekiranya seseorang berada di dalam kapal terbang.

Namun begitu, timbul pula persoalan bagaimana cara untuk seseorang muslim menunaikan solat ketika berada di atas bot. Adakah cara solat di atas bot sama seperti ketika berada di dalam kapal terbang?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi saluran portal, Maktabah Al-Bakri tampil menjawab persoalan tersebut.

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Saya seorang kaki pancing dan biasanya saya berada di atas bot selama berjam-jam sehingga kadang-kadang waktu solat sudah pun masuk. Justeru, soalan saya, bolehkah saya solat di atas bot dan jika boleh bagaimanakah caranya? Terima Kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Solat merupakan salah satu kefardhuan yang utama dalam agama Islam. Ia merupakan ibadah yang paling mulia, yang mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan peribadi seseorang bahkan keislamannya. Justeru, amat penting bagi kita dalam memahami hakikat daripada ibadah solat ini.

Al-Hasan al-Basri pernah mengungkapkan: “Wahai anak Adam, solat adalah ibadah yang dapat menghalangmu daripada maksiat dan kemungkaran. Sekiranya solat tidak menghalangmu daripada kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belumlah mendirikan solat.” Berdasarkan nasihat ini, kita dapat memahami bahawa solat yang dilakukan dengan benar, maka ia akan memberi kesan yang baik dalam sakhsiah diri seseorang.

Selain itu, orang yang menjaga solat juga akan terhindar daripada termasuk dalam kalangan orang yang lalai. Hal ini dapat dilihat dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَافَظَ عَلَى هَؤُلاَءِ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوْبَاتِ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solat-solat fardhu, maka dia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lalai.”

Justeru, amat penting seseorang itu menjaga solat-solat fardhu. Menjaga dan memelihara solat dengan maksud menunaikannya dengan sebaik mungkin, di samping berusaha untuk menghadirkan khusyuk di dalamnya.

Berbalik kepada soalan mengenai cara solat di atas bot, mendirikan solat di atas bot adalah sah sekiranya memenuhi syarat-syarat dan rukun solat yang ditetapkan.

Imam al-Nawawi menjelaskan lagi, ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i menyebutkan bahawa apabila seseorang itu mendirikan solat fardhu di atas kapal, maka dia tidak boleh meninggalkan rukun berdiri jika dia berkemampuan untuk melakukannya sebagaimana ketika berada di daratan. Ini juga merupakan pendapat Imam Malik dan Ahmad. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat dibolehkan untuk tidak berdiri ketika kapal bergerak.

Selain itu, ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i turut menyebutkan, jika terdapatnya keuzuran seperti mabuk laut dan seumpamanya, maka dibolehkan untuk mendirikan solat fardhu secara duduk. Begitu juga jika angin bertiup dan mengubah arah kapal sekaligus berubah arah kiblatnya, maka wajib ke atasnya untuk menghalakan semula ke arah kiblat dan meneruskan solatnya.

Terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma, beliau berkata:

سُئِلَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عن الصلاةِ في السفينةِ : فقال : كيف أُصلِّي في السفينةِ ؟ قال : صَلِّ فيها قائمًا إلا أن تخافَ الغرقَ

Maksudnya:Nabi SAW ditanya berkenaan solat di atas kapal dengan katanya: ‘Bagaimanakah caranya untuk aku solat di dalam kapal?’ Baginda SAW menjawab: ‘Solatlah di dalamnya dalam keadaan berdiri melainkan kamu takut tenggelam.’

Oleh itu, jelaslah bahawa seseorang yang ingin mendirikan solat fardhu di atas kapal hendaklah memenuhi semua rukun dan syarat sah solat.

Dalam erti kata lain, dia hendaklah mendirikan solat dalam keadaan berdiri jika dia berkemampuan untuk melakukannya kerana berdiri adalah salah satu rukun dalam solat.

Walau bagaimanapun, jika terdapat keuzuran bagi melakukannya seperti mabuk laut, khuatir akan terjatuh ke dalam air kerana apabila berdiri bot menjadi tidak stabil, atau seumpamanya, maka dia dibolehkan untuk mendirikan solat fardhu dalam keadaan duduk.

Begitu juga dia diwajibkan untuk menghadap ke arah kiblat. Sekiranya kedudukan kiblatnya berubah disebabkan oleh tiupan angin, dia hendaklah menghalakan semula ke arah kiblat yang betul dan meneruskan solatnya.

Dalam mazhab al-Syafi‘i, cara-cara mengetahui kiblat mengikut susunan keutamaan itu ada empat, iaitu:

  • Ilmu pengetahuan sendiri yang meyakinkan, seperti orang yang celik melihat ain Kaabah atau orang buta yang memegang Kaabah.

  • Perkhabaran seorang yang terpercaya dengan pengetahuannya.

  • Ijtihad seperti menggunakan kompas dan seumpamanya.

  • Orang yang bertaqlid kepada ijtihad orang lain.

Selain itu juga, jika dia dalam keadaan berhadas kecil, dia boleh berwuduk dengan menggunakan air laut atau air sungai kerana kedua-dua jenis air itu termasuk dalam jenis air mutlak yang suci lagi menyucikan.

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa solat fardhu di atas bot adalah dibolehkan dan dikira sah jika memenuhi semua rukun dan syarat-syaratnya.

Pada asalnya, seseorang itu hendaklah mendirikan solat dalam keadaan berdiri jika berkemampuan untuk melakukannya. Sekiranya tidak yakni adanya halangan atau keuzuran untuk berdiri ketika mendirikan solat, maka dibolehkan untuk mendirikan solat fardhu dalam keadaan duduk dan solatnya adalah sah serta tidak perlu diulangi.

Manakala berkenaan arah kiblat pula, dia wajib menghadap ke arah kiblat ketika solat fardhu dan sekiranya arah kiblatnya berubah kerana perubahan pada botnya disebabkan oleh tiupan angin, maka dia mesti menghalakan semula wajahnya ke arah kiblat yang betul dan meneruskan solatnya. Hal ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya:Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.

Walau bagaimanapun, kami ingin mengesyorkan, jika tiada sebarang halangan dan mampu untuk singgah di daratan bagi mendirikan solat, maka ia adalah lebih baik kerana lebih dekat dengan kekhusyukan tanpa sebarang kekhuatiran terjatuh dalam air dan sebagainya.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Sumber: Maktabah al-Bakri