Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Da’i Syed
Gambar Via Bernama

Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual

Sofea

PETALING JAYA, 31 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal, yang memakai kot berwarna hijau kelihatan tenang sepanjang prosiding kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon Syed Shah Iqmal dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada dua pertuduhan itu.

Norhashimah berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah.

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA, memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya, sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’,” katanya.

Norhashimah berkata pihak pendakwaan masih boleh meneruskan kes itu walaupun pengadu menarik balik laporan polis.

“Pengadu atau mangsa tidak hadir di mahkamah untuk angkat sumpah bagi memberi keterangan berkenaan laporan polis yang ditarik balik. Dalam kes ini, pihak pendakwaan sendiri yang mohon DNAA setelah ambil kira keadaan kesihatan pengadu yang tidak mengizinkan pada tahap ini,” katanya.

Norhashimah berkata perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan dia tidak perlu rasa terbeban, malah telah dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal memohon anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut kerana pihak pembelaan percaya pengadu tidak berniat untuk meneruskan kes dan pihak pendakwaan juga hanya akan berpaksikan kepada keterangan lisan pengadu.

“Alasan pengadu mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan merupakan suatu alasan yang goyah. Wajar untuk berasa simpati, namun mahkamah telah menetapkan 13 kali tarikh termasuk sebutan kes tetapi pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lepas.

“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” kata peguam itu.

Syed Amirul berkata siasatan yang dibuat adalah berdasarkan laporan polis oleh pengadu menyebabkan anak guamnya didakwa di mahkamah pada 10 Dis 2020.

“Ini bermakna sudah 538 hari kes ini berjalan sejak tertuduh didakwa, namun hari ini pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes.

“Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon kata putus daripada mahkamah bagi mengelakkan kes tersebut terus tergantung dan Syed Shah Iqmal boleh dituduh pada bila-bila masa dan akan terus dihantui sebagai pesalah seks,” katanya.

Syed Shah Iqmal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau bersyukur kerana sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa apabila dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan jenayah seksual yang dihadapinya sejak dua tahun lepas.

“Alhamdulillah saya tidak mampu untuk berkata-kata, hanya bersyukur kepada Allah SWT atas keputusan mahkamah hari ini. Selepas ini kalau ada mana-mana pihak yang ingin memberikan tawaran untuk berlakon, saya terima sahaja,” katanya.

Sumber: Bernama