Siakap Keli
first time dapat ikan haruan hidup
Gambar: TikTok diaziela

First Time Dapat Ikan Haruan Hidup, Wanita Buntu Minta Cara Nak Matikan

Baru-baru ini tular sebuah video di platform media sosial yang menunjukkan gelagat seorang wanita yang first time dapat ikan haruan masih hidup di tangannya.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya cara untuk mematikan ikan yang masih lagi hidup. Kebiasaannya, kita akan membeli ikan yang sudah tidak bernyawa ataupun siap dipotong.

Namun bagi ikan yang masih bernyawa, ia perlu segera dimatikan agar tidak terlalu ‘terseksa’ kerana tiada air untuknya bernafas. Tapi, lain pula ceritanya kali ini. Ikan di luar air, masih hidup dan susah nak mati.

Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita apabila dia kali pertama mendapat ikan haruan yang masih lagi hidup. Bermacam-macam cara sudah dibuat untuk mematikannya, tapi tetap ‘tak jalan’.

Kejap buat begitu, kejap buat begini, ada juga letak bahan dipercayai berpasir. Tapi ikan haruan itu masih ‘steady’. Video gelagatnya yang dimuat naik ke TikTok diaziela itu berjaya mencuit hati netizen.

@diaziela

mcm mner wei nk bagi ikan haruan nie mati … hidup2 nie…

♬ original sound – Dia Ziela – Dia Ziela

“First time dapat ikan haruan hidup-hidup, taktahu nak bagi dia mati macam mana, macam-macam cara kami buat,” tulis diaziela dalam video itu.

Keadaan itu bertambah kelakar sebaik sahaja dia mencurahkan air ke dalam bekas ikan haruan itu. Ia secara tiba-tiba melompat ke luar dari bekas itu hingga membuatkannya terkejut.

“Macam mana wei nak bagi ikan haruan ni mati. Hidup-hidup ni,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan telatah wanita itu dan mereka membanjiri ruang komentar dengan reaksi yang mencuit hati.

“Masalahnya aku sekali terkejut”, kata Stuxfit.

“Tutup hidung dia kak,” komen Dina yagesya.

“Letak garam dengan air kak bukan letak serbuk asam boi,” tulis Nur Fasehah9494.

Itu antara beberapa komen yang diterima oleh diaziela mengenai videonya itu di TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 78,000 tanda ‘suka’ daripada netizen yang terhibur menyaksikannya.

Sumber: TikTok Diaziela

 

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.