Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
nelayan tangkap ikan pari gergasi
Gambar: Facebook CNA

Nelayan Tangkap Ikan Pari Gergasi Sepanjang 4 Meter

Iqbal Yasir

Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi sepanjang kira-kira empat meter di Sungai Mekong di selatan Stung Treng, timur laut Kemboja baru-baru ini, lapor CNA.

Difahamkan, ikan air tawar itu telah ditangkap oleh seorang nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Dalam masa sama, sekumpulan penyelidik perikanan turut turun padang dan tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian selepas mendapat panggilan mengenainya.

Menurut sumber projek penyelidikan bersama Kemboja-US, Wonders of the Mekong, ikan pari yang ditangkap pada 13 Jun lalu itu berukuran hampir empat meter panjang dari muncung ke ekor.

Beratnya juga hampir menyentuh angka 300 kilogram (kg) dan difahamkan, ia merupakan ikan air tawar terbesar yang pernah direkodkan setakat ini.

Tangkapan ikan pari tersebut sekaligus menewaskan rekod terdahulu yang sebelum ini dipegang oleh keli Mekong gergasi seberat 293 kg pada 2005 di Thailand.

ikan pari
Gambar: Facebook CNA

Ketua Wonders of the Mekong, Zeb Hogan berkata, pihaknya berbangga dengan penemuan ikan pari gergasi tersebut dan berasakan ia sukar untuk diulas dengan kata-kata.

“Ya, apabila anda melihat ikan sebesar ini terutamanya dalam air tawar, ia sukar untuk dijelaskan. Jadi saya rasa semua pasukan kami terpegun. Hasil tangkapan ikan pari itu bukan sekadar mencipta rekod baharu.

“Hakikatnya jelas menunjukkan bahawa ikan ini masih boleh membesar seperti itu dan ia adalah tanda harapan bagi Sungai Mekong,” katanya yang turut menyatakan bahawa laluan air (sungai) kini menghadapi banyak cabaran alam sekitar.

Hogan berkata demikian menerusi satu temu bual dalam talian dari Universiti Nevada di Reno yang bekerjasama dengan Pentadbiran Perikanan Kemboja dan Agensi Pembangunan Antarabangsa Kerajaan Amerika Syarikat (USAID).

Ikan gergasi dalam ancaman bahaya

Dalam pada itu, Hogan menambah, ikan-ikan besar di seluruh dunia kini sedang dalam ancaman bahaya kerana ia merupakan spesies hidupan bernilai tinggi.

“Mereka mengambil masa yang lama untuk matang. Jadi jika mereka dipancing sebelum usia matang, mereka tidak mempunyai peluang untuk membiak.

“Mereka dipengaruhi faktor seperti perpisahan habitat akibat empangan dan penangkapan ikan yang berlebihan.

“Jadi, dianggarkan 70 peratus ikan air tawar gergasi di seluruh dunia kini terancam kepupusan, termasuklah semua spesies di Sungai Mekong,” jelasnya lagi.

ikan pari
Gambar: Facebook CNA

Walaupun terdapat banyak spesies ikan besar, bagaimanapun menurut Hogan, bukan semuanya sudah diketahui secara umum setakat ini.

“Ikan pari gergasi masih lagi kurang diketahui, malah nama saintifiknya juga berubah beberapa kali dalam tempoh 20 tahun lalu.

“Ia dijumpai di seluruh Asia Tenggara namun tiada maklumat mengenainya. Kami tidak mengetahui tentang sejarah hidup, ekologi dan corak penghijrahannya,” kata Hogan.

Tambahan pula, jelas Hogan, ia merupakan tangkapan keempat di kawasan sama dalam tempoh dua bulan lalu dan kesemua yang ditangkap adalah betina. Mereka mengesyaki bahawa ia mungkin lokasi pembiakan spesies itu.

Dilepaskan semula ke sungai

Sementara itu, penduduk tempatan menamakan ikan pari tersebut dengan nama ‘Boramy’ yang bermaksud ‘bulan penuh’ kerana bentuknya yang bulat.

Ketika ia dibawa ke darat, mereka dengan segera membawa ikan itu ke tebing untuk dimasukan alat pengesan pada ekornya sebelum dilepaskan kembali ke sungai.

Difahamkan, alat pengesan yang dipasang itu adalah bertujuan untuk menghantar maklumat penjejakan lokasi untuk tempoh beberapa tahun.

Sebaik sahaja dilepaskan pada 14 Jun keesokannya, nelayan tersebut diberikan penghormatan dengan ganjaran sebanyak RM2,639 kerana memecahkan rekod tangkapan ikan air tawar terbesar.

Sungai Mekong mengalir melalui China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Ia adalah rumah kepada beberapa spesies ikan air tawar gergasi.

Walau bagaimanapun, perubahan alam sekitar khususnya binaan empangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengancam tempat pembiakan hidupan itu secara serius.

Sumber: CNA