Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
100 tulang patah
Gambar via Daily Mail

Menderita Penyakit Tulang Rapuh, Budak Lelaki Patah 100 Tulang Sejak Lahir

Faiz Mustafa

Seorang budak lelaki dilaporkan telah mengalami insiden patah sebanyak 100 tulang disepanjang hidupnya sehingga dia menerima gelaran ‘tulang kaca’ oleh penduduk setempat.

Memetik Daily Mail, Rohit yang berusia 12 tahun berasal dari Uttar Pradesh, India telah menghidap sejenis penyakit osteoporosis yang juga lebih dikenali sebagai ‘tulang rapuh.

Kes ini dipercayai yang paling teruk pernah berlaku sehingga dengan hanya sentuhan halus sahaja boleh menyebabkan salah satu tulangnya patah dan hal ini menyebabkan Rohit tidak dapat bermain bersama dengan kanak-kanak yang lain.

Keadaan Rohit turut telah membantutkan proses tumbesarannya dengan berat hanya 15 kg dan berketinggian 17 inci di usia 12 tahun.

“Apabila bangun pada waktu pagi, dia tidak dapat menyelesaikan banyak perkara dengan sendiri tanpa bantuan. Oleh itu, Rohit bergantung harap kepada ibunya.

“Namun, Rohit dapat melakukan hal-hal kecil seperti memberus gigi tanpa bantuan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya walaupun teruk.

“Dia telah patah hampir 100 tulang sepanjang hayatnya dengan purata sekitar lapan tulang patah dalam masa setahun,” lapor Daily Mail.

Lebih menyedihkan, tidak ada satu sekolah pun mahu menerima Rohit sebagai pelajar mereka kerana kedaannya. Oleh itu, dia terpaksa berdikari dengan belajar membaca dari kakaknya, dalam keadaan dia perlu menanggung kesakitan sepanjang hari.

Rohit merupakan anak ketiga dan bongsu dari tiga orang adik beradik.

Disebalik derita yang membelenggu adik Rohit, dia memegang cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi apabila melonjak ke alam dewasa kelak dan tidak akan membiarkan penyakitnya itu menjadi penghalang.

Menurut Daily Mail, tidak ada ubat untuk penyakit osteoporosis, namun seseorang pesakit itu boleh menjalani rawatan untuk melindungi dan menguatkan tulang mereka.

Rawatan terbaru masih lagi dalam kajian, bagaimanapun rawatan tersebut mungkin tidak akan tersedia di negara-negara sedang membangun.

Sumber: Daily Mail