Siakap Keli
united kingdom virus polio
Sumber: npr

United Kingdom Lapor Penemuan Virus Polio Dalam Kumbahan, Pertama Kali Selepas 40 Tahun

United Kingdom dilapor menemui virus polio dalam kumbahan di London, pertama kali dalam tempoh 40 tahun.

Setakat ini, tiada kes virus polio dilaporkan secara langsung di negara berkenaan. Sebaliknya, para saintis menemui wabak itu secara tidak langsung. Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom, mereka telah menemui pelbagai versi virus berkenaan di dalam air kumbahan.

Walaubagaimana pun, risiko virus berkenaan kepada orang awam dinilaikan berada pada tahap sangat rendah. Ini kerana sebahagian besar warga Britain telah pun menerima vaksinasi terhadap virus polio semasa kanak-kanak dan ia berupaya memberikan pelindungan serta-merta terhadap penyakit berkenaan.

Agensi itu juga menggalakkan kepada sesiapa yang belum mendapatkan imunisasi sepenuhnya terhadap virus polio agar membuat temujanji pengambilan suntikan tersebut dengan kadar segera.

Antara Februari dan Mei, saintis menemui beberapa sampel yang mengandungi versi virus di mana berkait rapat dalam air buangan di London Beckton Sewage Treatment Works (Loji rawatan air terbesar di United Kingdom)

Urutan genetik virus menunjukkan terdapat beberapa penyebaran antara individu yang berkait rapat di Utara dan Timur London.

Orang yang dijangkiti dengan virus polio, atau sesiapa yang telah mengambil vaksin dari sisa virus yang masih hidup, ia akan mengeluarkan kesan virus berkenaan pada najis mereka yang kemudiannya akan berakhir di kumbahan.

Oleh itu, hipotesisnya ialah orang yang dijangkiti polio membawa virus itu ke London dan kemudian berisiko menyebarkannya kepada orang lain yang tidak diimunisasi.

Menurut Angela Rasmussen selaku Pakar Virologi, menjelaskan penyebaran wabak itu sangat kecil dan mungkin ianya terhad dalam sesebuah keluarga. Malah, penularan juga hanya tertumpu dalam kumpulan mereka yang masih belum menerima suntikan imunisasi terhadap virus tersebut.

Dengan itu, para saintis di England dengan segera memperluaskan pengawasan terhadap sampel kumbahan untuk menentukan di mana wabak itu berlaku dan sama ada ia masih berterusan atau tidak supaya mereka boleh menghentikannya dengan imunisasi yang disasarkan.

“Kami sedang menyiasat dengan segera untuk lebih memahami tahap penularan ini,” kata Ahli Epidemiologi, Vanessa Saliba.

Difahamkan, virus polio akan menyebabkan lumpuh kekal pada orang yang tidak diberikan vaksin sepenuhnya dalam kira-kira lima daripada setiap 1000 kes. Polio merebak melalui laluan najis-mulut. Iaitu, apabila seseorang secara tidak sengaja mengambil makanan yang dicemari dengan najis pesakit polio.

Kes polio terakhir di United Kingdom adalah pada tahun 1984. Negara itu diisytiharkan bebas daripada virus polio pada tahun 2003.

BACA: Kelajuan 5G, Malaysia Kedua Terpantas Di Dunia Di Belakang Korea Selatan

Sumber: npr

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.