Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?

Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’

Fazidi

Apabila beredarnya khabar mengenai keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekali lagi, gamat seketika tanah air. Rasa panik orang ramai begitu jelas dizahirkan di media sosial. Rasa keliru, sudah tentu. Pelbagai persoalan juga ditimbulkan.

Kerisauan seperti kemampuan untuk membayar balik pinjaman dengan pihak bank, tertanya-tertanya apakah harga barang juga ikut naik, bagaimana pula dengan kuasa beli sendiri dan sebagainya betul-betul menghantui masyarakat dalam tempoh berkenaan.

Tidak sepenuhnya faham mengenai OPR dan kenapa ia dinaikkan, ramai yang mula berkira-kira dalam soal perbelanjaan. Ia mungkin memberikan kejutan sementara kepada kehidupan kita, tetapi apakah sebenarnya OPR dan kenapa ia perlu dilaraskan semula? Mungkin dengan memahaminya terlebih dahulu, situasi semasa akan menjadi lebih tenang.

Apa itu OPR?

OPR atau Kadar Dasar Semalaman adalah faedah minimum yang ditetapkan BNM. Kebanyakkan bank-bank yang ada di Malaysia ini, menggunakan OPR yang ditetapkan oleh BNM untuk menetapkan kadar faedah terhadap pinjaman dan juga simpanan, misalnya Simpanan Tetap (Fixed Deposit, FD) yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggannya.

Seperti yang kita semua tahu, apabila OPR diturunkan, maka kebiasaannya kadar faedah terhadap pinjaman dan FD juga menurun, dan sebaliknya apabila OPR dinaikkan. Justeru, memang tidak dapat dinafikan turun naik OPR ini juga memberi kesan secara langsung kepada kita sebagai pelanggan perkhidmatan pinjaman atau pemilik akaun FD yang ditawarkan oleh bank.

Jadi, sebab itulah kita juga kena ambil tahu mengenai OPR ini.

OPR dan analogi ubat

Pelarasan semula OPR dilakukan seiring pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pulih dan mengukuh. Sebelum ini, dalam tempoh pandemik, OPR telah diturunkan kepada paras terendah, yang mana antara kesannya adalah bayaran pinjaman orang ramai berkurang dan mempunyai lebihan tunai di tangan untuk berbelanja.

Analoginya mudah. Kita anggap begini, ekonomi Malaysia adalah pesakit dan OPR adalah ubat.

Sewaktu pandemik melanda dunia, BNM telah menurunkan OPR kepada 1.75 peratus, terendah dalam sejarah, untuk merancakkan sektor ekonomi yang terkesan teruk ketika fasa berkenaan. Oleh itu, penurunan OPR boleh dianggap sebagai bantuan ubat yang sangat kuat untuk memulihkan ekonomi negara yang ketika itu boleh disimpulkan sedang nazak di ICU.

Hari demi hari, ekonomi menunjukkan tindak balas yang baik dan pandemik pun beransur pulih. Malah, pengumuman kerajaan bahawa negara berada dalam fasa peralihan ke endemik dan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi termasuk sempadan menjadi petunjuk bahawa ekonomi dalam fasa kembali sihat. Jadi, BNM yang menjadi pemantau utama ekonomi negara akan menetapkan semula kadar OPR secara berperingkat seiring pemulihan ekonomi negara.

Secara analoginya, ekonomi Malaysia kini tidak lagi berada di ICU sebaliknya beralih kepada wad biasa. Biarpun masih dalam pemantauan, ia tidak lagi berada dalam situasi kritikal dan pelarasan semula dos ubatan, yakni OPR, perlu diberikan.

Walaupun OPR dinaikkan, namun ia bukanlah kenaikan yang terlalu mendadak sebaliknya diselaraskan secara beransur-ansur supaya tidak memberi impak terlalu ketara kepada orang ramai. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat yang menaikkan OPR terlalu tinggi dalam satu-satu masa.

Berisiko terjerumus dalam situasi seperti Turkiye, harga makanan meningkat lebih 70%

Gambar: CNBC

Ya, jika OPR tidak diselaraskan semula mengikut ekonomi negara yang semakin pulih, kita berisiko untuk terjerumus dalam situasi ekonomi seperti yang dialami Turkiye. Memetik CNBC, harga makanan dan minuman di negara itu meningkat 70 peratus sejak Mac.

Dan pada Jun lepas, Institut Statistikal Turki melaporkan kadar inflasi mereka meningkat sehingga 78.62%.

Antara punca situasi ini dipercayai berlaku adalah berikutan tindakan negara itu membiarkan OPR berada dalam paras yang sangat rendah untuk tempoh yang lama.

Bagi memahami kenapa ia berlaku, anda boleh bayangkan situasi seperti ini. Sekiranya pesakit yang semakin pulih dan dirawat di wad biasa menerima dos ubat yang sama kuat seperti ketika dia masih kritikal di ICU, apakah yang terjadi kepada pesakit itu?

Sudah tentu dia akan overdose dan berdepan dengan kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan yang tidak diingini, kan? Kesan overdose ini juga boleh disamakan dengan tabiat orang ramai terlebih berbelanja, membuat pinjaman yang tidak lestari atau diluar kemampuan membayar semula atau spekulasi hutang.

Samalah juga dengan ekonomi, membiarkan OPR terlalu rendah ketika ekonomi dalam fasa memulih ibarat berterusan mencucuk ubat tahan sakit atau morfin pada badan yang sudah tidak lagi sakit. Boleh menjadi ketagihan pula nanti.

Secara umumnya, begitulah cara mudah untuk kita memahami bagaimana OPR ini berfungsi dalam sistem ekonomi. Walaupun ramai melihat kenaikan OPR sebagai sesuatu yang negatif, sebenarnya ia tidaklah tepat untuk kita terus membuat kesimpulan sedemikian rupa.

Kenaikan OPR juga ada baiknya

Gambar: BERNAMA

Sebenarnya, kenaikan OPR turut memberi kesan positif dalam beberapa perkara. Misalnya bagi mereka yang mempunyai akaun FD dan semua jenis simpanan di bank. FD ini adalah akaun simpanan dengan pulangan tinggi atau boleh juga dianggap sebagai aset bebas risiko. Bagi mereka yang memiliki akaun FD, pulangannya hampir dijamin.

Apabila OPR terlalu rendah, untuk mendapatkan pulangan sekurang-kurangnya 3 peratus, pelabur biasanya perlu menanggung risiko yang lebih tinggi. Contohnya, seorang pelabur yang melaburkan semua simpanan pencen dalam pasaran saham dengan risiko untuk kehilangan semuanya.

Berbeza dengan akaun FD, anda tidak perlu risau tentang risiko memandangkan pulangannya adalah hampir dijamin. Malah, apabila OPR meningkat, pulangan yang diperolehi juga meningkat.

Selain itu, kenaikan OPR juga hanya memberi kesan kepada pinjaman baharu dan pinjaman semasa berdasarkan kadar terapung sahaja. Mereka yang mempunyai pinjaman dengan kadar tetap langsung tidak terjejas. Misalanya, kebanyakkan pinjaman kereta adalah penjaman tetap. Jadi, kenaikan OPR tidak akan dirasai.

Bagi pinjaman dengan kadar terapung, kenaikannya sangatlah minima. Misalnya, bagi pinjaman RM 250,000, kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas hanya menyebabkan kos bayaran bulanan meningkat sekitar RM 30 ke 40 sahaja.

Begitu juga dengan nilai matawang RM. Ia mempunyai kefleksibelan di mana naik turun nilai matawang bergantung kepada penawaran dan permintaan dalam pasaran. Ini amat penting untuk dibiarkan begitu bagi menyerap kejutan dalam pasaran.

Gambar: Bloomberg

Malah, penurunan nilai RM baru-baru ini juga berpunca daripada pelbagai faktor luaran dan penurunannya juga selari dengan penurunan nilai matawang-matawang di rantau ini. Malaysia tidak menambat nilai matawang RM, jika kita mahu RM menjadi kuat kembali, ia perlu dibuat melalui reformasi berstruktur.

Dari segi inflasi pula, kenaikannya juga sebahagian besar disumbang oleh faktor luaran bekalan bahan mentah makanan yang terhad di peringkat global seperti gandum. Keadaan ini menyebabkan penawaran produk-produk ini berkurangan sedangkan permintaan dunia adalah tinggi. Ia sekaligus menyebabkan harganya meningkat naik sekaligus turut menyebabkan inflasi juga naik.

Namun begitu, dengan kenaikan OPR dan juga pemberian subsidi secara bersasar oleh kerajaan, kesan kenaikan inflasi kepada orang awam dapat diminimakan.

Hadapi kenaikan OPR dengan tenang

Kenaikan OPR mungkin mencetuskan rasa panik seketika, tetapi kenapa tindakan itu diambil boleh difahami.

Apa yang penting, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pinjaman dengan bank dan terkesan secara langsung, adalah untuk mengawal perbelanjaan serta tidak terlalu boros.

Pastikan poket anda tidak menjadi terlalu nipis, tetapi pada masa yang sama tidak perlulah berjimat-cermat secara ekstrim sehingga menjejaskan kualiti kehidupan semasa.