Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Netizen 'Cair' Tengok Anjing K9 Polis
Gambar: TikTok Noor Ahkim
Tiada Kategori

Siap Pakai Kasut, Netizen ‘Cair’ Tengok Anjing K9 Polis Dalam Perbarisan Merdeka

Sofea

Siap Pakai Kasut, Netizen ‘Cair’ Tengok Anjing K9 Polis Dalam Perbarisan Merdeka

Bahang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada hari ini masih lagi terasa apabila kebanyakan netizen berkongsi momen-momen tersebut di media sosial.

Ketika sambutan itu, puluhan ribu orang teruja melihat pelbagai acara termasuk perarakan kebudayaan, persembahan dan juga perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Pun begitu, salah satu perbarisan yang paling mencuri tumpuan hari ini adalah yang disertai oleh anjing-anjing pengesan dari Unit K9 PDRM.

Manakan tidak, anjing-anjing itu bukan sahaja tampil bergaya dengan ‘uniform’ tetapi dilihat turut memakai kasut ketika perbarisan tersebut.

Dipimpin oleh pelatih masing-masing, kesemua anjing itu juga dilihat berbaris mengikut arahan dan tidak banyak ‘meragam’.

Walaupun sememangnya diketahui bahawa ia merupakan anjing pengesan yang paling handal dan ‘garang’ serta salah satu aset penting untuk pasukan polis dalam menyelesaikan sesuatu kes, namun rata-rata netizen geram melihat kecomelan mereka.

Malah, video yang memaparkan seekor anjing kehilangan sebelah kasut turut tular di platform TikTok dan Twitter hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa orang ramai mula berkumpul di Dataran Merdeka seawal pukul 4.30 pagi untuk bersama-sama menyaksikan acara penuh gilang-gemilang yang bermula tepat 7.30 pagi dengan ketibaan pemimpin negara.

Dalam pada itu, sambutan Hari Kebangsaan di negeri-negeri lain tidak kurang meriahnya.

Menurut Bernama, kira-kira 10,000 pengunjung memenuhi Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka bagi mengikuti Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung meriah, dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Isteri, Toh Puan Asmah Ab Rahman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Manakala di Pulau Pinang pula orang ramai yang mengambil kesempatan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bersama keluarga mula berkumpul di Jalan Padang Kota Lama Seawal 8 pagi sambil mengibar Jalur Gemilang serta menyanyikan lagu Patriotik Tanggal 31, Saya Anak Malaysia sebelum perarakan bermula.

Kemeriahan ini menjadi saksi keterujaan orang ramai ekoran ketiadaaan sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran selama dua tahun kerana pandemik COVID-19.

BACA: “Semangat Tu Dah Bagus Tapi..,” DBKL Kecewa Landskap Di Dataran Merdeka ‘Hancur’ Dipijak

Sumber: Noor Ahkim, Twitter