Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: BERNAMA

Kedah Kekal Pendirian Tidak Bubar DUN Sehingga Mac Tahun Depan – MB

Fazidi

Kedah Kekal Pendirian Tidak Bubar DUN Sehingga Mac Tahun Depan – MB

ALOR SETAR, 7 Okt (Bernama) — Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau telah menyembah maklum perkara itu kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Selasa lalu.

“Saya telah sembah maklum kepada Tuanku (Sultan Kedah) bahawa kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN pada tahun ini sehingga bulan Mac 2023, selepas daripada itu (Mac tahun depan) bolehlah dipertimbangkan untuk (DUN) dibubarkan.

“Tuanku titah (bahawa) itu kuasa Menteri Besar, (jadi) terpulanglah kepada pertimbangan Menteri Besar. (Jadi) saya selamat dah (sebab) untuk DUN tak gaduh (tiada) pilihan raya sampai tahun depan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata keputusan kerajaan negeri itu adalah berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia yang menjangkakan cuaca buruk dan risiko bencana banjir mulai November ini hingga Mac tahun depan.

Menurutnya, sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini ia akan menyukarkan orang ramai untuk keluar mengundi serta mungkin menyulitkan pasukan keselamatan seperti polis untuk menguruskan aspek keselamatan akibat banjir dan pada masa sama memantau perjalanan pilihan raya.

PAS sebelum ini membuat ketetapan tidak membubarkan DUN tiga negeri yang diterajuinya (Kedah, Kelantan dan Terengganu) sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Sumber: BERNAMA