Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: BBC & News Crab

Rumah Shah Rukh Khan Di Dubai Bukan Biasa-Biasa, Harganya Mencecah RM 13 Juta, Siap Ada Pantai Peribadi

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Dengan hasil pendapatan yang melimpah ruah berikut pelbagai sumber pendapatan yang dimilikinya, Shah Rukh Khan sudah pasti mempunyai pelbagai cara untuk membelanjakan hasil kekayaannya.

Terdapat banyak harta benda yang dimiliki SRK, berdasarkan prestasi kariernya untuk jangka masa lama dan memiliki momentum padu.

Dari Mannat, rumahnya yang menghadap permandangan laut di Mumbai, bernilai 200 kror (RM 114.24 juta) sehinggalah 14cr Bugatti Veyron, pelakon itu benar-benar menjalani kehidupan seperti seorang raja yang sebenar. Salah satu aset kekayaannya adalah pemilikan sebuah rumah di atas pulau persendirian Palm Jumeirah, Dubai.

Kredit: The Guardian

Rumah mewah itu dikenali dengan nama “Jannat” dan terletak di K Frond, Palm Jumeirah yang merupakan gugusan pulau buatan terbesar di dunia. Harga sebuah villa di sana boleh mencecah sehingga $2.8 million (RM13.01 juta).

Rumah SRK di Palm Jumeirah

Memiliki keluasan 8,500 kaki persegi (789.68 meter persegi), vila tersebut telah dihadiahkan oleh seorang pemaju hartanah di Dubai, Nakheel sebagai hadiah formal pada September 2007, selepas dia mendapatkan kelulusan daripada

Reserve Bank of India

(RBI).

Didirikan di atas lot berkeluasan 14,000 kaki persegi (1300.64 meter persegi), bahagian luar vila percutian ini terbuka kepada pelawat. Namun, bahagian dalamannya pula terhad dan dikawal rapi.

Rumah tersebut mengandungi enam bilik tidur dan dua garaj berkunci. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kemudahan mewah yang disediakan seperti kolam renang peribadi dan pantai dengan kemudahan untuk memancing di laut dalam dan melakukan aktiviti sukan air.

Difahamkan, reka bentuk dalaman dilakukan sendiri oleh isteri pelakon tersebut, Gauri Khan yang juga merupakan pereka dalaman.

Dalam sebuah sesi temu bual, pihaknya mendedahkan beberapa faktor yang akan dilihat oleh pihak mereka sebelum memilih vila. Faktor-faktor tersebut termasuklah suasana eksklusif vila tersebut, pemandangan bangunan pencakar langit Dubai yang memukau serta kemudahannya.

Kredit: News Crab

Setelah membaca artikel ini, anda mesti terfikir bagaimana SRK begitu mudah untuk membeli rumah. Raja Bollywood ini membeli rumah macam membeli pisang goreng di tepi jalan. Kita sebagai rakyat marhaen pula terpaksa hidup dalam keadaan yang cukup-cukup makan sahaja. Beli rumah sendiri? Hmm… lambat lagi.

Akan tetapi, jangan risau dan termenung lama-lama dekat tepi anak tangga! Kita yang biasa-biasa pun boleh memiliki rumah pertama pada usia yang sangat muda. Baru-baru, Siakap Keli ada membuat laporan mengenai Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Keratan artikel terdahulu

BACA: “Silap Hari Bulan Terpaksa Menyewa Sampai Tua,” Gaji RM2500 Tinggal Di Bandar, Realiti Pahit Ketua Keluarga Bila Nak Beli Rumah

Untuk makluman, SRP adalah satu inisiatif kerajaan di bawah program i-Biaya untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama memiliki rumah, khususnya golongan B40 dan M40. Jika anda berminat, anda melihat syarat kelayakan menerusi pautan artikel di atas.

Sumber: GQ