Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Blake dapat Golden Performance Award
Kredit: @oranggasar | Tiktok

Anjing Hero SAR Tanah Runtuh, ‘Blake’ Diberi Anugerah ‘Golden Performance’

Florence Nuar

Anjing-anjing pengesan K-9 yang menjadi watak utama dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor baru-baru ini merangkul anugerah khas.

Difahamkan, keempat-empat anjing tersebut iaitu Blake, Lady, Grouse dan Poh dianugerahkan ‘Golden Performance Award’ atas jasa bakti yang dicurahkan semasa membantu operasi SAR berkenaan tempoh hari.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @oranggasar, pingat ‘keberanian’ yang diterima oleh Blake tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam satu majlis.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Blake seperti takut berdepan dengan khalayak ramai malah, ia tidak dapat berdiri dengan sempurna.

Melihat reaksi anjingnya seperti itu, anggota bomba, Salbuddin Salleh lantas menolongnya untuk berdiri, namun usaha itu sia-sia kerana Blake tetap berada dalam keadaan baring.

Malah, ketika penganugerahan itu dilakukan, ia tetap dalam keadaan sebegitu. Namun, perkara itu tidak menyebabkan suasana menjadi renggang sebaliknya keriuhan tetap dirasai.

Sebelum ini anjing baka English Springer Spaniel itu dikatakan terpaksa direhatkan akibat terlalu letih ekoran daripada menjalankan operasi mencari mangsa selama dua hari berturut-turut.

Perkongsian video yang berdurasi 38 saat itu berjaya mencuri tumpuan umum dengan 224,200 tontonan, 19,600 tanda suka dan 1,268 komentar yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis).

“Tahniah Blake”

Tidak hanya itu, warganet yang menonton video berkenaan turut meraikan penganugerahan Blake dengan meninggalkan ucapan tahniah dalam ruangan komentar.

Rata-rata komen yang ditinggalkan adalah positif berikutan jasa Blake yang telah bertungkus-lumus selama misi pencarian mangsa tragedi tanah runtuh dijalankan.

Blake dapat Golden Performance Award
Kredit: @oranggasar | Tiktok
Blake dapat Golden Performance Award
Kredit: @oranggasar | Tiktok

Video tersebut boleh ditonton seperti di bawah.

Sumber: @oranggasar | Tiktok