Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kerajaan pertimbang kwsp
Kredit: KWSP

Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP

Nurhanis

Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Kerajaan perlu mempertimbangkan baki simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu pengeluaran wang KWSP.

Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata baki simpanan pencarum semakin membimbangkan selepas beberapa kali pengeluaran khas itu dibenarkan sejak negara berdepan pandemik COVID-19, dengan ada yang mempunyai hanya 68 sen sehari untuk dibelanja selepas bersara.

“Kerajaan kena pertimbang antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan yang dibangkitkan oleh pembangkang pada hari ini supaya kita tidak terkesima dan tertipu dengan propaganda dan pilihan itu,” katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata negara juga perlu membuat persiapan ke arah menuju negara menua pada 2030.

BACA: Kerajaan Cari Jalan Penyelesaian Kurangkan Beban Rakyat Tanpa Pengeluaran KWSP

Dalam pada itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan pengeluaran secara bersasar bagi meringankan beban rakyat termasuk bagi pencarum yang sudah bekerja melebihi tempoh 20 tahun dan mempunyai simpanan yang banyak.

“Betul, ada 13.1 juta ahli atau 51.5 peratus pencarum KWSP dengan simpanan bawah RM10,000 dan mungkin mereka ini yang baharu bekerja. Bagaimana pula dengan pencarum yang sudah lama bekerja 20 atau 25 tahun, mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu atau ratusan ribu,” katanya.

Pertimbang pengeluaran KWSP, moratorium bantu rakyat terjejas

Sebelum ini, media melaporkan ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.

Beliau berkata ia termasuk kerajaan pertimbang pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman bank.

“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan.

“Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Parlimen.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’