Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jimin & J-Hope Derma
Kredit: UNICEF Korea | Twitter

Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Florence Nuar

Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Ahli kumpulan BTS, Jimin dan J-Hope dilapor telah menderma sebanyak RM700,000 untuk Turkiye-Syria ekoran daripada gempa yang melanda negara itu pada bulan lalu.

Memetik UNICEF Korea, Jimin dan J-Hope dikatakan menderma sejumlah RM350,000 (100 juta won) setiap seorang untuk membantu dalam mengurangkan beban kanak-kanak yang terjejas.

“Saya berharap sumbangan saya dapat membantu kanak-kanak yang terjejas di negara itu sekurang-kurangnya sedikit,” kata J-Hope.

UNICEF Korea dalam satu kenyataan mengatakan “BTS J-Hope mendermakan KRW 100 juta kepada Turkiye dan Syria.

“Bantuan kecemasan untuk kanak-kanak yang terjeas akibat gempa bumi dan menjadi ahli Kelab Kehormat UNICEF,” tambahnya.

Difahamkan, ramai orang dipercayai ‘turun padang’ untuk membantu mangsa yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu.

Hal ini kerana, gempa yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria pada 8 Februari lalu telah menyebabkan puluhan ribu nyawa melayang.

Walaupun kerajaan dan organisasi antarabangsa sudah membantu, tidak ketinggalan juga selebriti dari seluruh dunia untuk turut serta menghulurkan bantuan.

Selebriti Korea yang turut beri bantuan derma

Misalnya, pelakon Bae Suzy yang menderma jumlah yang sama seperti Jimin dan J-Hope (100 juta won) kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak di negara itu.

Selain itu, kumpulan Twice juga dikatakan telah menderma RM690,000 (200 juta won) kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save the Children.

Sementara itu, Hyunjin dan Changbin -Stray Kids telah menderma sebanyak RM350,000 (100 juta won) setiap seorang dan Ryunjin (ITZY) menderma RM70, 000 (20 juta won).

Malah, kumpulan IVE turut menyumbangkan sebanyak RM500,000 (150 juta won) kepada NGO Good Neighbors.

Jimin & J-Hope Derma
Kredit: Korea JooAng Daily

Tidak hanya itu, Haechan dan Doyoung daripada kumpulan lelaki NCT menyumbangkan RM350,000 (100 juta won) setiap seorang kepada Community Chest of Korea.

“Saya berasa sedih dengan berita bahawa rakyat Turkiye dan Syria menderita (gempa bumi). Saya menderma sejumlah wang kecil dengan harapan semua orang kembali ke kehidupan normal mereka,” kata Haechan.

Malah tidak dinafikan ramai lagi selebriti tempatan Korea yang membantu Turkiye-Syria seperti SM Entertainment juta telah menderma 200 juta won.

Ahli Running Man, Yu Jae Seok menyumbang sebanyak 100 juta won dan juara skating, Kim Yuna telah menderma sebanyak RM45,000.

BACA JUGA: Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

Sumber: News 18, Korea JooAng Daily