Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
jurutera ditipu sindiket penipuan
Kredit: BERNAMA

Dua Jurutera Rugi RM251,620 Ditipu Sindiket Penipuan

Nurhanis

Dua Jurutera Rugi RM251,620 Ditipu Sindiket Penipuan

BUKIT MERTAJAM, 27 Mac (Bernama) — Dua jurutera lelaki “berputih mata” apabila wang simpanan mereka sebanyak RM251,620 lesap ditipu sindiket penipuan dalam talian dalam kejadian berasingan di Seberang Perai Tengah, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata dalam kejadian pertama, seorang jurutera sebuah kilang di Kulim, Kedah yang tinggal di Machang Bubok di sini mendakwa kerugian RM126,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja tidak wujud dan membuat laporan polis pada 22 Mac lepas.

“Lelaki berusia 41 tahun itu pada mulanya melihat iklan kerja sambilan di Facebook sebagai “data entry” pasa 18 Mac dan mangsa kemudiannya menekan pautan diberikan sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang kemudiannya memberi tugasan yang perlu dibuat kepadanya.

“Mangsa mendakwa diarah membuka aplikasi YouTube dan mencari nama halaman yang diberikan sebelum perlu “like” (tanda suka) serta “subscribed” (melanggan) seterusnya “screenshot” (tangkap layar) tugasan yang selesai dibuat sebelum dibayar RM10 bagi setiap tugasan. Lelaki itu mendapat RM50 bagi lima tugasan pertamanya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa juga dijanjikan komisen sebanyak 20 peratus bagi setiap tugasan namun dia perlu membayar sejumlah duit terlebih dahulu kepada sindiket itu bagi mendapatkannya dan mangsa yang percaya telah melakukan sebanyak 10 transaksi pindahan wang ke tujuh akaun berbeza membabitkan jumlah RM126,000 sejak 18 hingga 22 Mac.

Tan berkata setelah wang itu dimasukkan, mangsa bagaimanapun tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan dan percaya telah menjadi mangsa sindiket penipuan lalu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

BACA: 401 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Luar Negara Diselamatkan

Beliau berkata jurutera kedua yang berusia 27 tahun pula mendakwa kerugian RM125,620 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah yang tidak wujud dengan menawarkan hadiah sebanyak RM326,000 dalam kejadian 17 Mac lepas.

“Mangsa yang tinggal di Bukit Tengah pada mulanya menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri dari sebuah syarikat di Hong Kong dan meminta mangsa meneka lagu untuk memenangi hadiah cabutan tersebut,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudian menghubungi mangsa sekali lagi sebelum memaklumkan mangsa memenangi cabutan bertuah tersebut namun perlu membayar sejumlah wang bagi proses pendaftaraan akaun.

Menurut Tan mangsa yang percaya dan teruja kerana memenangi sejumlah besar wang telah melakukan pemindahan ke tiga akaun berbeza sebanyak RM125,620 dan dia hanya menyedari menjadi mangsa tipu selepas suspek meminta tambahan RM50,000 lagi daripadanya dan pada ketika itu mangsa telah kehabisan wang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket tersebut dan kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sumber: BERNAMA