Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
proton x90 kenderaan tenaga

Proton Umum X90 Kenderaan Tenaga Baharu Pertamanya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Proton Umum X90 Kenderaan Tenaga Baharu Pertamanya

SUBANG JAYA, 28 Mac (Bernama) — Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini mengumumkan X90 sebagai nama rasmi bagi kenderaan tenaga baharu pertamanya (NEV).

Model X90 itu adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketiga Proton selepas X70 dan X50 dan dibangunkan bagi memenuhi segmen premium, moden serta keluarga.

Ketua Pegawai Esekutif Proton Dr Li Chunrong berkata kejayaan memperkenalkan X90 juga amat bermakna kerana dibuat ketika sambutan ulang tahun ke-40 Proton selain menjadi permulaan bagi kehadiran lebih banyak model NEV di masa-masa akan datang.

proton x90 kenderaan tenaga
proton x90 kenderaan tenaga
proton x90 kenderaan tenaga

“Ini juga seiring dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan generasi akan datang.

“Selain itu, ia juga membuktikan bahawa biarpun selepas empat dekad, Proton masih memainkan peranan utama dalam membangunkan industri automotif tempatan,” katanya pada majlis previu X90 untuk media di sini, pada Selasa.

SUV X90 yang didatangkan dalam empat varian standard, eksekutif, premium dan perdana juga ditawarkan dalam enam warna iaitu putih, perak, kelabu, coklat, merah delima dan biru laut.

Model kenderaan elektrik hibrid ringan itu bukan setakat menawarkan ruang dan kebolehgunaan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, tetapi juga tersedia sebagai enam tempat duduk dengan kerusi individu di barisan kedua.
proton x90 kenderaan tenaga

Nadi kenderaan ini adalah sistem motor elektrik sinergi (EMS) 48V yang inovatif dan mengintegrasikan enam komponen teras, termasuk motor ‘belt-starter generator’ (BSG) 48V, pengubah DCDC, bateri lithium-ion 48V, sistem pengurusan bateri dan sistem kawalan modul hibrid.

“Berteraskan rangkaian kuasa dengan sistem EMS 48V dan enjin 1.5L TGDi yang memenangi anugerah, X90 memberi (hentakan) output gabungan 190PS dan 300Nm.

Menurut Proton, sistem berkuasa ini tidak hanya meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan, namun turut memberi kuasa dan tork tambahan untuk prestasi lebih baik.

proton x90 kenderaan tenaga

“Ini adalah kenderaan mampan yang menawarkan prestasi luar biasa dengan aspek mesra alam sebagai teras, kemudahan memotong kenderaan lain serta daya pecutan lancar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah menyifatkan X90 sebagai paparan komitmen syarikat itu dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dengan menggunapakai teknologi enjin hijau ke arah menetapkan standard baharu dalam mobiliti kelestarian.

Beliau berkata, harga Proton X90 tersebut akan diumumkan pada majlis pelancaran rasmi yang dijadualkan dalam masa terdekat ini.

Model X90 itu akan dipasang di kilang Proton Tanjung Malim bersama dengan X50 dan X70.

BACA: Kes Baharu Avian Influenza H3N8 Dilapor Dikesan Di China

Sumber:

Bernama