Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lima'23 gambar kamera
Gambar: Bernama

LIMA’23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

Iqbal Yasir

LIMA’23: Dahulu Ambil Gambar Dengan Telefon, Kini Guna Kamera Profesional

LANGKAWI, 22 Mei (Bernama) — Empat tahun lepas, minat menebal terhadap fotografi bidang penerbangan membawa Mohd Zharfan Zorani ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 walaupun hanya berbekalkan telefon pintarnya.

Pada ketika itu, beliau sekadar mengambil gambar menggunakan kamera pada telefon pintarnya dan hanya mampu melihat jurufoto dari dalam dan luar negara dengan lensa dan badan kamera pelbagai saiz datang ke view point tertentu di Langkawi untuk mengambil gambar pesawat yang membuat latihan penerbangan udara yang menampilkan pelbagai formasi penerbangan menarik.

Namun atas inisiatif bengkel fotografi penerbangan secara percuma khusus untuk LIMA‘23 tahun ini anjuran seorang jurugambar bebas, Mohd Zhafran, 25, begitu teruja apabila berpeluang menggunakan kamera dan lensa yang biasanya digunakan jurofoto profesional, dengan “pakej” ilmu fotografi secara percuma.

“Saya tidak pernah menyangka dapat peluang seperti ini, bayangkan harga kamera ini sahaja sudah mencecah puluhan ribu ringgit dan saya juga mendapat ilmu baharu daripada ‘otai’ bidang ini,” katanya ketika ditemui Bernama di view point Pemandangan Indah di sini, sewaktu sesi latihan pasukan aerobatik.

Beliau yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di Universiti Kuala Lumpur berkata bengkel mini berkenaan dikendalikan secara lapangan dengan kesemua kelengkapan dan peralatan fotografi disediakan secara percuma.

Katanya, selain mendapat ilmu baharu, peluang berkenaan juga membolehkan beliau bertemu dengan ramai jurufoto berpengalaman dari dalam dan luar negara, termasuk jurufoto rasmi pasukan aerobatik Al-Fursan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Ahmad Hasrul Mustafa, 37, yang berasal dari Perlis berkata melalui bengkel berkenaan, beliau banyak belajar perkara baharu daripada aspek teknikal fotografi seperti shutter speed dan lensa bersesuaian untuk mengambil gambar pesawat yang bergerak laju.

BACA JUGA: 30 Negara Bakal Bawa Aset Pertahanan ‘Gegar’ Laut & Udara Malaysia, LIMA 2023 Akan Tiba Mei Ini

“Sebelum ini, saya tidak mempunyai peralatan yang mencukupi, gambar pun biasa-biasa sahaja. Tetapi kali ini memang puas hati, saya sanggup kosongkan jadual kerja saya untuk datang ke sini,” katanya yang bekerja sebagai pembuat filem secara bebas.

Sementara itu, Mohd Safuan Salahudin, 38, yang berpengalaman dalam bidang fotografi hampir 15 tahun berkata bengkel secara praktikal yang dianjurkan beliau itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai belajar teknik fotografi penerbangan yang diadakan di view point tertentu di sekitar Langkawi sempena LIMA’23.

Beliau berkata walaupun menyedari kelas dianjurkan bermula 21 hingga 27 Mei itu biasanya boleh digunakan untuk “buat duit”, niatnya hanya satu iaitu mahu berkongsi ilmu berkenaan bersama orang ramai dengan menggalakkan mereka meneroka cabang fotografi penerbangan.

Katanya, sejak menawarkan iklan berhubung bengkel percuma itu, ramai yang menghubunginya dan mendaftarkan diri, memandangkan kebanyakan mereka tidak mampu membeli peralatan fotografi yang mahal.

“Ini merupakan peluang berharga yang tidak boleh dilepaskan peminat fotografi penerbangan,” katanya.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan lima negara akan menyertai pasukan aerobatik pada pertunjukan udara iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, UAE dan Rusia.

Setelah kali terakhir diadakan empat tahun lepas, LIMA‘23 kembali mencuri tumpuan dengan edisi ke-16 melibatkan kira-kira 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara pada pameran berkenaan, sekali gus menjadikan acara kali ini yang terbesar pernah diadakan.

LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” akan bermula esok hingga 27 Mei, dengan pameran berkaitan aeroangkasa diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), manakala segmen maritim di Resort World Langkawi.

Sumber: BERNAMA