Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
keputusan spm 2023
Gambar: Bernama

Keputusan SPM 2022 Bakal Diumum Pada 8 Jun 

Iqbal Yasir

Keputusan SPM 2022 Bakal Diumum Pada 8 Jun

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 bakal diumumkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

KPM berkata, calon boleh memperolehi keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 daripada sekolah masing-masing. Ia boleh diperolehi mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut.

Jelas KPM lagi, bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

Semakan Secara Atas Talian/ Pesanan Ringkas (SMS)

“Semakan secara dalam talian boleh dilakukan di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga jam 6.00 oetang pada 14 Jun 2023.

“Bagi secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023,” maklum KPM dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: KPM Nafi Keputusan SPM 2022 Diumum 25 Mei Ini

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Manakala seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Sehubungan itu, KPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM tahun 2022.

KPM Nafi Tarikh Keputusan SPM Di Media Sosial

Sebelum ini, KPM telah menafikan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tambah kementerian itu, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tarikh keputusan SPM seperti yang ditularkan. Sebarang kenyataan rasmi hanya melalui portal rasmi dan media sosial KPM.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi KPM. Semak berita palsu, tidak pasti jangan kongsi,” maklum kenyataan itu.

Keputusan SPM 2021 Diumumkan Pada 16 Jun 2022

Terdahulu, seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Pencapaian Yang Lebih Baik

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

Jelas Nor Zamani, seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperluan khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)