Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ais di lautan artik
Gambar: Kerem Yucel/AFP

Ais Di Lautan Artik Diramal Cair Pada 2030, Sedekad Lebih Awal Berbanding Jangkaan Sebelum Ini

Ezzatul Syafiqah

Ais Di Lautan Artik Diramal Cair Pada 2030, Sedekad Lebih Awal Berbanding Jangkaan Sebelum Ini

Ais di Lautan Artik dijangka akan mencair sepenuhnya dengan lebih cepat iaitu pada tahun 2030 dan ia merupakan sedekad lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini.

Memetik laporan AFP, perkara itu telah didedahkan oleh saintis dalam Nature Communications.

Walaupun terdapat usaha untuk mengehadkan pemanasan global di tahap 1.5 darjah Celcius yang selaras dengan perjanjian iklim Paris, namun ia tidak akan dapat menghalang pencairan ais secara meluas.

Profesor di Institut Oseanografti Universiti Hamburg yang juga penulis bersama laporan itu, Dirk Notz berkata bahawa sudah terlambat untuk melindungi ais lautan Artik sebagai habitat dan landskap.

“Ini akan menjadi salah satu komponen utama sistem iklim yang akan musnah disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Pencairan ais mempunyai kesan yang serius dari semasa ke semasa terutama terhadap cuaca, manusia dan ekosistem. Kesan ini bukan hanya berlaku dalam rantau ini, tetapi secara global.

Selain itu, penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Pohang, Korea Selatan, Seung-Ki Min menegaskan pemanasan global akan mempercepatkan pencairan permafrost yang berpunca dari gas rumah hijau. Kejadian ini juga akan mengakibatkan air paras laut meningkat disebabkan pencairan kepingan ais Greenland.

Tambahan lagi, lapisan ais setebal kilometer di Greenland mengandungi air beku yang mencukupi untuk memenuhi paras laut sebanyak enam meter.

Ais Antartika akan Mencairkan tiga kali Lebih Cepat

Gambar: Kerem Yucel/AFP

Dalam pada itu, kira-kira 90 peratus pantulan Matahari yang terkena ais lautan ini dipantulkan kembali ke angkasa.

Tetapi, apabila cahaya matahari mencecah air laut yang gelap dan tidak membeku, jumlah tenaga yang hampir sama diserap oleh lautan dan tersebar ke seluruh dunia.

Difahamkan, kedua-dua kawasan Kutub Utara dan Selatan telah berlaku pemanasan global yang ketara sebanyak tiga darjah Celsius berbanding pada akhir abad ke-19.

Laporan Mengenai Pencairan Ais Antartika

Dalam laporan pada tahun 2021, Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) meramalkan dengan yakin bahawa Lautan Artik dijangka hampir cair sepenuhnya sekurang-kurangnya sekali pada pertengahan abad. Menurut laporan itu, senario tersebut boleh berlaku sekiranya berlaku pelepasan gas rumah hijau yang ekstrem.

Manakala, kajian baru yang diambil daripada data pemerhatian yang meliputi tempoh dari tahun 1979 hingga 2019 mendapati bahawa ia kemungkinan besar akan berlaku sekitar tahun 2040.

Tambahan lagi, 90 peratus pencairan ais itu dipercayai berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia dan sebahagian kecil faktor semulajadi seperti aktiviti solar dan volkanik.

Rekod Keluasan Lautan Air Antartika

Rekod keluasan ais laut minimum di Artik ialah 3.4 juta kilometer persegi (1.3 juta batu persegi).

Bermula pada tahun 2012, kawasan itu mula mencair dan pada tahun 2019 hingga tahun 2020 ia mencatatkan jumlah keluasan yang terendah.

Para saintis menggambarkan Lautan Artik sebagai “bebas ais” jika kawasan yang diselaputi ais sudah berkurang dari satu juta kilometer persegi, iaitu kira-kira tujuh peratus daripada jumlah kawasan lautan.

Sementara itu, ais di Lautan Antartika berkurang kepada 1.92 juta kilometer persegi pada Februari yang dikira sebagai rekod yang terendah daripada yang berlaku pada tahun 1991-2020.

Sumber:AFP