Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ahmad Zahid lawat najib di penjara
Kredit BERNAMA

Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara – Saifuddin

Syed Faisal Sayed Muhammad

Ahmad Zahid Dapat Kebenaran Khas Lawat Najib Di Penjara – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Penjara Kajang bagi menziarahi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Penjara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata lawatan itu dilakukan mengikut Peraturan 86, Bahagian 10, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Saifuddin menjelaskan peraturan itu menyebut perhubungan antara banduan dengan saudara-mara dan rakan-rakan mereka hendaklah dibenarkan, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang perlu bagi pengekalan tatatertib dan ketenteraman dalam penjara serta pencegahan jenayah.

“Peraturan 86 ini memperuntukkan kuasa memberi kebenaran khas itu kepada Ketua Pengarah Penjara ataupun Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

“Ketua Pengarah Penjara maklum pada saya . Itu kaedahnya, tak ada masalah, yang penting dia beritahu saya,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, hari ini.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata tindakan Ahmad Zahid membawa makanan kegemaran bekas Presiden UMNO itu semasa lawatan tersebut juga tidak sepatutnya dipertikaikan.

Katanya, Peraturan 99 dalam peraturan yang sama membolehkan pelawat membawa masuk makanan dari luar sekiranya mendapat kebenaran pegawai penjara yang bertugas ketika itu.

“Saya nak sebut juga dakwaan bahawa dia (Ahmad Zahid) membawa masuk peranti elektronik itu tidak betul.

“Soal masa lawatan, pertemuan itu dengan kehadiran Pegawai Penjara yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan pada ketika itu, 30 minit atau 40 min ke ia tergantung kapada budi bicara pegawai yang bertugas,” katanya.

Sabtu lepas, Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023, mendedahkan telah bertemu dan bersarapan makanan kegemaran bekas Ahli Parlimen Pekan itu ketika melawatnya di Penjara Kajang.

Lawatan itu mendapat perhatian beberapa peguam yang meminta Jabatan Penjara menjelaskan adakah ia satu bentuk layanan istimewa yang diberikan kepada Najib mahupun Ahmad Zahid atau jika ia dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA