Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
belanjawanku
Gambar: BERNAMA

Jadi Perhatian Ramai, Lelaki Kongsi Aplikasi Boleh Kira Perbelanjaan Bulanan Siap Bajet Nak Beli Kereta & Rumah

Fazidi

Sejak dunia dilanda pandemik, banyak perkara menjadi tidak pasti dan segala sesuatu yang hendak dilakukan memerlukan perancangan rapi. Situasi ini turut membuka mata orang ramai untuk mula mengambil berat mengenai perancangan kewangan masing-masing.

Semua orang memerlukan perancangan kewangan dan mustahak jika dimulakan lebih awal. Bermula dari zaman bujang, kemudian berkahwin dan berkeluarga, perancangan kewangan menjadi semakin penting seiring bertambahnya tanggungjawab anda.

Dengan adanya perancangan kewangan yang jelas, anda dengan mudah mampu mengukur kemampuan diri untuk berbelanja. Setiap bulan, perbelanjaan dan simpanan perlu ditetapkan dengan sebaik mungkin berdasarkan pendapatan yang diperoleh.

Gambar: BERNAMA

Namun yang paling penting, perancangan kewangan tidak boleh sama sekali dicongak di dalam otak sahaja. Susah bila bermain dengan angka ini. Lambat laun mungkin berlaku kesilapan dan kemampuan manusia untuk mengingat segala butiran dengan terperinci memang diragui.

Mujurlah, seorang pengguna Twitter, Faiz Azmi menerusi akaunnya, @financialfaiz berkongsi satu aplikasi yang sangat berguna dan begitu membantu orang ramai untuk membuat perancangan kewangan.

Aplikasi berkenaan adalah aplikasi BELANJAWANKU yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Mula-mula saya ingat aplikasi ini biasa-biasa sahaja, tetapi lepas guna rasa macam okay pula,’’ katanya.

Menurut Faiz lagi, dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh membuat perancangan kewangan berdasarkan format pecahan bajet 35:45:20.

35 peratus mewakili komitmen, 45 peratus pula adalah keperluan dan 20 peratus lagi dikhaskan untuk simpanan.

“Ya, 20 peratus masih lagi untuk simpanan iaitu bagi jangka pendek, sederhana dan panjang” katanya lagi.

Menariknya, aplikasi ini amat menitikberatkan pengguna untuk membuat simpanan sebagai persediaan khas untuk anda bersara nanti.

Selain itu, BELANJAWANKU juga turut memuatkan pelbagai tip seperti tip membeli kereta, rumah, insurans dan banyak lagi. Berdasarkan jumlah pendapatan dan bajet yang dibuat, anda juga boleh mengukur kemampuan anda untuk membuat pinjaman pembiayaan membeli rumah dan juga kereta.

Umumnya, boleh dikatakan aplikasi ini adalah aplikasi ‘super’ yang menawarkan pelbagai manfaat berganda untuk pengguna.

Namun yang paling utama, aplikasi yang dibangunkan oleh KWSP ini ditawarkan secara percuma sahaja untuk orang ramai.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di semua gedung aplikasi di pelbagai platform pengoperasian telefon bimbit.

Google Playstore: https://play.google.com/store/search?q=belanjawanku&c=apps&hl=en-MY

Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/belanjawanku/id1632408106

Huawei App Gallery: https://appgallery.huawei.com/app/C104982601

Jadi, apa tunggu lagi, segera muat turun aplikasi BELANJAWANKU di telefon bimbit masing-masing dan mula merancang kewangan anda.

Dengan aplikasi ini, lebih mudah untuk anda membuat perancangan kewangan dan juga menentukan simpanan hari tua.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi BELANJAWANKU, anda boleh layari laman web, Facebook , Instagram dan juga Twitter KWSP.