Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kanak-kanak 9 Tahun Ini Perlu Dana Untuk Transplan Sumsum Tulang Segera.
Kredit: Da Ai

Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Seorang kanak-kanak perempuan memerlukan sumbangan sebanyak RM 400,000, iaitu kos bagi membolehkannya menjalani transplan sumsum tulang daripada ibunya.

Chim Kah Qing, 9, turut menderita beberapa masalah kesihatan lain antaranya masalah darah beku dan sebagainya pada keseluruhan badan.

Ketika ini, kehidupan Kah Qing dalam keadaan sukar apabila badannya tidak lagi mampu menghasilkan sel darah dan setiap saat, sel tersebut akan musnah.

Keadaan semasa Kah Qing ketika ini pasti membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata apabila melihatnya. Apatah lagi bagi ahli keluarganya sendiri, terutama si ibu.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah mendengar nasihat doktor supaya pembedahan anaknya disegerakan. Walau bagaimanapun, kos pembedahan sebesar RM 400,000 bukanlah satu jumlah yang kecil dan diluar kemampuan si ibu.

Situasi itu, menyebabkan keluarga Kah Qing terdesak dan memerlukan bantuan dengan kadar segera.

Untuk makluman, Chim Kah Qing menderita penyakit anemia aplastik. Ia merupakan satu keadaan yang mana, badannya tidak lagi mampu untuk menghasilkan sel darah dan menyebabkan pengambilan sebarang ubat, tidak berkesan.

Kini, ‘masa’ merupakan musuh utama Kah Qing. Tanpa pembedahan segera, organnya akan mengalami pendarahan secara berlebihan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kegagalan organ berlaku dan membawa kepada situasi yang paling ditakuti oleh sesiapa sahaja.

Berikut merupakan perasaan dari adik Kah Qing sendiri, yang patah hati dan merasa pedih atas apa yang dilaluinya.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Terpaksa menjadi ‘matang’ lebih awal

Zaman kanak-kanak yang seharusnya dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriannya tetapi keadaannya memaksa dia untuk menjadi matang lebih awal dari sepatutnya.

Dia terpaksa memendam keinginan untuk meneroka dunia luar kerana tahu keterbatasan yang ada dan bahaya yang menanti apabila dia berada luar.

Ketika melihat bekas jarum suntikan pada badannya, tiada sesiapa yang dapat membayangkan apa yang telah dilaluinya selama ini.

Walaupun dirinya kelihatan masih muda, kanak-kanak ini tahu segalanya mengenai keadaan keluarga serta nasib diri sendiri.

Kanak-kanak ini turut berpegang dengan apa yang yang dikatakan ibunya, “Bergembiralah setiap hari dan jangan bersedih,”

Setiap hari, kanak-kanak tersebut sentiasa berusaha untuk menghalang ibunya daripada berduka. Pada usia setahun jagung, dirinya sudah memiliki rasa empati terhadap apa yang dialami si ibu.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Segalanya sudah sedia dikorbankan, namun faktor kewangan menghalang ibu ini untuk meneruskan hajatnya.

Pada masa yang sukar ini, Gan Swee Ying yang juga merupakan ibu tunggal, sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya. Bahkan, dia sangat bersedia untuk menjadi penderma sumsum demi memastikan cahaya matanya kembali sihat seperti sedia kala.

Namun apakan daya, faktor kekangan kewangan menjadikan perjuangan ibu ini juga seolah-olah perjuangan menentang masa.

Dia juga terpaksa berhenti bekerja sebagai pendandan rambut kerana anaknya memerlukan perhatian sepenuh masa. Selain Kah Qing, Puan Gan turut menjaga anak lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya.

kanak -kanak perempuan transplan sumsum tulang
Kredit: Da Ai

Disebabkan itu, kos pembedahan itu disifatkan amat mustahil untuk dipenuhi dan dirinya seakan-akan mahu mengalah.

Namun, acap kali memikirkan anak-anaknya, Puan Gan memilih untuk menjadi lebih kuat dan cekal atas apa yang dilaluinya.

Sehubungan itu, wanita itu telah memohon bantuan daripada NGO, Pertubuhan Kebajikan Amal Da Ai Malaysia untuk membuka tabung derma kilat bagi menampung kos pembedahan anaknya.

Pihak Da Ai telah membuat keputusan untuk melancarkan kempen derma kilat ke atas Kah Qing dan berharap agar orang ramai dapat menyumbangkan sedikit ihsan kepada keluarga ini.

Pastikan Puan Gan tahu bahawa dirinya tidak berseorangan dalam usaha untuk menyelamatkan bidadari kecil ini.

Kredit: Da Ai

Setiap pemberian kecil yang dihulurkan daripada setiap individu-individu yang berhati mula sudah cukup untuk memberikan semangat dan harapan kepada anak kecil untuk terus tersenyum.

Bagi seiapa yang ingin menghulurkan sedikit sumbangan, anda boleh menghubungi wakil Da Ai, Encik Calvin menerusi WhatsApp atau menerusi e-melnya (calvinwong0287@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi Calvin menerusi talian ini (+60 11-2611 0287).

Semoga kita dapat bersama-sama membantu meringankan beban yang terbungkam dalam diri mereka serta memberikan masa depan yang lebih cerah kepada Adik Kah Qing.

Kami juga meminta bantuan orang ramai untuk menyebarkan mesej ini sebagai satu bentuk sokongan buat Puan Gan dan Kah Qing untuk mengatasi kesukaran ini.

BACA: Pokok Keluarkan Bunyi Tangisan Budak Perempuan Di Jawa Timur

Sumber: Calvin (Da Ai)