Siakap Keli
Kapal Selam Titan: Bekalan Oksigen Dipercayai Telah Habis Sepenuhnya
Kredit: Bernama

Bekalan Oksigen Kapal Selam Titan Dipercayai Sudah Habis

Bekalan Oksigen Kapal Selam Titan Dipercayai Sudah Habis

Bekalan oksigen kapal selam, Titan, yang hilang sejak empat hari lalu dipercayai sudah pun habis, menjadikan misi mencari dan menyelamat bertambah genting.

Memetik laporan Times Of India, kapal selam itu direka dengan bekalan oksigen yang mampu bertahan selama 96 jam jika berlaku situasi kecemasan.

Kapal selam berkenaan dilapor hilang, kira-kira dua jam selepas mula menyelam ke lokasi serpihan rangka kapal Titanic, pada jam 8:00 pagi, Ahad (waktu Amerika Syarikat).

Sebelum ini, kapal terbang Kanada yang terlibat dalam misi pencarian di Lautan Atlantik telah mengesan bunyi hentakan di sana.

Kru yang terlibat mengesan bunyi hentakan setiap 30 minit pada hari Selasa dan empat jam kemudian pada hari Rabu.

Walau bagimanapun, pasukan Pengawal Persisir Pantai Amerika Syarikat (USGC) berkata bahawa pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca bunyi hentakan tersebut.

Sokongan tambahan telah tiba pada pagi ini bagi membantu pencarian. Namun, nasib penumpang kapal selam seakan-akan telur di hujung tanduk apabila bekalan oksigennya dijangka habis pada hari ini.

Menurut The Independent UK, USGC sebelum ini menjangkakan bekalan oksigen kapal selam tersebut mampu bertahan sehingga pukul 1 tengah hari (waktu UK).

Berdasarkan pengiraan, pukul 1:00 tengah hari di United Kingdom bersamaan dengan pukul 8:00 malam di Malaysia.

Kehilangan kapal selam membabitkan lima penumpang yang berprofil tinggi

Menurut portal berita itu lagi, seramai lima individu berprofil tinggi menaiki kapal selam itu ketika hilang.

Antaranya, Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) dan pengasas OceanGate Expeditions, Stockton Rush, pengembara jutawan British, Hamish Harding dan penyelam Perancis terkemuka, Paul-Henri Nargeolet.

Ahli perniagaan asal Pakistan, Shahzada Dawood dan anak lelakinya yang berusia 19 tahun, Suleman Dawood turut menaiki kapal selam terbabit.

Kapal selam berkenaan mula bergerak pada pagi Ahad dengan tujuan untuk meninjau serpihan rangka kapal Titanic. Serpihan itu terletak pada kedalaman 12,500 kaki (3.8 kilometer).

Walau bagaimanapun,  Titan dilaporkan telah terputus hubungan dengan kapal di permukaan, Polar Prince selepas satu jam 45 minit.

Kejadian ini berlaku semasa kapal selam berkenaan berada kira-kira 435 batu (700 km), di selatan St John’s, Newfoundland.

BACA: Masa Makin Suntuk, Oksigen Kapal Selam Titan Hanya Bertahan Beberapa Jam Lagi

Sumber: The Independent

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.