Jihan Muse “Comeback”, Tiga Gandingan Pengacara Hangatkan Pentas All Stars Gegar Vaganza
Pengacara popular, Nabil Ahmad, Jihan Muse, Elly Mazlein kembali menghangatkan pentas rancangan realiti hiburan popular, Gegar Vaganza (GV) yang kini kembali ke layar kaca, lapor Gempak.
Kemunculan semula Jihan dalam episod pertama itu merupakan kejutan awal buat penonton susulan pada musim lalu pengacara tersebut berehat daripada mengacarakan program itu.
Tidak dinafikan dengan kehadiran Jihan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuatkan penonton bersorak teruja.
Malah, keterujaan tidak terhenti di situ selepas ketiga hos tersebut menggegarkan pentas dengan berbalas pick up line.
Selepas sedekad rancangan itu berlangsung, GV yang juga digelar All Stars Gegar Vaganza dikatakan musim yang paling panas, sengit, menarik dan luar biasa selepas menampilkan 10 juara pada musim lalu.
Pada kali ini, 10 juara itu kembali bertanding untuk merebut gelaran ‘yang paling juara’ dalam kalangan mereka.
10 juara tersebut adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Dalam pada itu, peserta yang diserap menerusi hot seat juga bakal membuat All Stars Gegar Vaganza menjadi musim yang paling epik.
Pun begitu, barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.
BACA: “Dia Keluar Rumah Sejak Awal Januari,” Noor Nabila Umum Bakal Bercerai Dengan Engku Emran
Musim terbaharu Gegar Vaganza kali ini tentunya lebih sengit dengan mengumpulkan kesemua juara GV dari sembilan musim termasuk lima pilihan para peminat.
Masih mengekalkan format yang sama seperti musim lalu, All Stars Gegar Vaganza akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.
Manakala, penyingkiran akan berlaku pada setiap minggu di mana, peserta yang dapat markah terendah diperlukan untuk pulang.
Buat mereka yang mara pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Sumber: Gempak
BACA: All Stars Gegar Vaganza Bakal Buka Tirai, 10 Bekas Juara Kembali Berentap