Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Belanjawan 2024: Peruntukan STR Ditingkatkan Kepada RM10 Bilion
Kredit: Bernama

STR Dinaikkan Kepada RM 3,700, Bayaran Pertama RM 500 Dibuat Sebelum Ramadan

Nur Syahirah Zainoor Hisham

STR Dinaikkan Kepada RM 3,700, Bayaran Pertama RM 500 Dibuat Sebelum Ramadan

Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM10 bilion pada tahun ini menerusi pembentangan Belanjawan 2024 hari ini.

Difahamkan, jumlah ini merupakan peningkatan daripada peruntukan yang diberikan pada Belanjawan Madani Pertama sebelum ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta rakyat yang layak dalam negara ini.

Anwar menjelaskan bahawa perkembangan positif tersebut merupakan hasil penjimatan subsidi. Hasil penjimatan ini kemudian akan disalurkan kepada rakyat.

”Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” jelasnya.

Selain itu, Anwar mengumumkan bahawa permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini akan dibuka pada November 2023.

Permohonan STR juga dilaporkan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Insya-Allah, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada bulan Februari 2024.”

Kadar maksimum STR juga dilaporkan meningkat daripada RM 3,100 kepada RM3,700. Manakala, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Sebelum ini, bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Namun bagi STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 dan dijangka akan disalurkan sebelum Ramadan.

Pada tahun ini, pihak kerajaan akan perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad. Mengambil kira maklum balas yang amat baik,

“Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Perdana Menteri berkata sedemikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat pada hari ini.

Belanjawan 2024 merupakan Belanjawan MADANI Kedua yang juga kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI yang melibatkan tiga tumpuan utama.

Antaranya, Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan; Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Sumber: Astro Awani