Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Terkenal Dengan Muzik Pop
Kredit: Siakap Keli

Viral “Cover” Lagu Melayu Dalam Bahasa Jepun, Rina-Hime Kini Cipta Nama Dalam Industri Muzik

Athirah

Viral “Cover” Lagu Melayu Dalam Bahasa Jepun, Rina-Hime Kini Cipta Nama Dalam Industri Muzik

Bakat nyanyian mungkin dimiliki oleh ramai orang di atas muka bumi ini. Akan tetapi bukan semua orang mempunyai bakat untuk menyanyi dalam bahasa asing. Misalnya seperti lagu dari negara Korea ataupun Jepun.

Hal ini kerana menguasai bahasa asing bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan latihan selama bertahun-tahun. Dalam pada itu, ia juga bergantung kepada kesungguhan serta minat untuk belajar bahasa bahasa asing.

Siapa sangka, minat dan kesungguhan mempelajari bahasa Jepun menjadikan wanita muda ini berkebolehan menyanyikan semula lagu-lagu Jepun dan menjadi kreatif dalam penggubahan lirik lagu dari bahasa Melayu ke bahasa berkenaan.

Dalam segmen ‘Ini Kisah Aku’ kali ini, Siakap Keli telah menemubual seorang penyanyi terkenal dengan muzik Indie/pop-Rock Jepun dan seorang cosplayer di Malaysia.

Single sulungnya, “All Over Again” layak ke peringkat akhir Anugerah Lagu Indie 2021

Nur Sabrina Binti Mohammed Rosdi atau dikenali sebagai Rina-Hime, berusia 26 tahun berjaya menempa nama dalam bidang muzik sebagai “Malay to Japan cover” selepas nyanyian Jepun “Kotak Hati” (asalnya dibawakan oleh kumpulan Hujan) berjaya menarik perhatian ribuan pengguna aplikasi Youtube.

Selepas itu, Rina mula lebih aktif menghasilkan kandungan kreatif yang dipengaruhi oleh muzik Pop-Rock Jepun. Single sulungnya, “All Over Again” layak ke peringkat akhir Anugerah Lagu Indie 2021 (TOP12).

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang seni, Rina pernah memasuki kelas muzik tambahan sewaktu cuti persekolahan.

Selepas tamat pengajian dalam bidang komunikasi korporat di sebuah kolej swasta, kerjaya Rina bermula dari pekerja sambilan, kemudian menjalani latihan praktikal dan akhir sekali menjadi social media marketing di Universal Music Malaysia.

Sewaktu bekerja di salah satu syarikat media terkemuka, jadual bekerja dan jadual persembahan nyanyian pada waktu itu bertembung menyebabkan dia merasa tertekan dan membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Menurut Rina, dia mula menyanyikan semula lagu Melayu dan memuat naik video di Youtube ketika berusia 14 tahun. Bagi wanita muda ini, lagu-lagu Jepun ketika itu sukar untuk dibawa berbanding lagu-lagu Melayu.

Walau bagaimanapun selepas beberapa tahun, Rina meneroka lebih jaut bakatnya dengan menukar lirik lagu Melayu kepada lagu Jepun.

“Selepas itu barulah saya belajar lagu Jepun yang lebih senang,” katanya.

Tambahnya, dia melakukan persembahan buat kali pertama sebagai pemain gitar bersama muzik band pada tahun 2015. Walaupun Rina bukan pemain gitar yang profesional tetapi dia menggangap ia sebagai satu cabaran.

Minatnya terhadap anime membuatkan dia tekad mempelajari bahasa Jepun

Rina merupakan peminat tegar anime kerana sejak dari kecil dia sudah menonton siri anime di kaca televisyen. Bagi Rina, lagu-lagu pembukaan siri anime senang dihafal dan mempunyai melodi yang rancak, namun sukar untuk dinyanyikan.

Dari situlah, Rina memutuskan untuk mempelajari bahasa Jepun daripada internet selama beberapa tahun. Kemudian, dia mula memasuki kelas bahasa Jepun apabila merasakan dia perlu belajar dengan lebih mendalam lagi seperti pembelajaran Hiragana, Katakana, Kanji dan sebagainya.

Bagaimanapun dia terpaksa menarik diri daripada kelas berkenaan kerana sedang menyambung pengajian ijazah sarjana muda dan menjadi pekerja sambilan.

Rina-Hime bukan sahaja seorang penyanyi, malah seorang cosplayer Malaysia

Selain menyanyi, Rina juga mempunya minat menjadi seorang cosplayer dan sering hadir ke acara cosplay yang berlangsung di Malaysia.

Cosplay merupakan salah satu budaya moden Jepun yang dibanggakan di seluruh dunia. Peluang untuk berpakaian atau menyamar sebagai watak khayalan membuatkan ianya diminati ramai.

Untuk pengetahuan anda, para cosplayer tidak akan menggunakan nama sebenar, jadi Rina mendapat nama samarannya daripada acara cosplay beberapa tahun lepas.

Menurut wanita muda itu, Rina merupakan nama asalnya, manakala Hime diambil dari “ohimesama” yang bermaksud puteri.

Berbalik kepada bidang nyanyian, salah satu alasan kenapa dia mahu menjadi seorang penyanyi solo Indie Pop-Rock Jepun, adalah kerana mahu mempromosikan genre J-Rock dan J-Pop belum cukup dikenali pendengar.

“Rina ada cipta satu lagu dalam bahasa Jepun, jadi untuk meletakkan lagu Jepun di pasaran Malaysia sebenarnya agak susah.

“Hal ini disebabkan tiada stesen radio yang dapat menerima lagu tersebut,” jelasnya.

Keputusan Rina dipertikai tetapi ahli keluarga menyokong karier nyanyian Rina Hime

Sewaktu dia memberitahu ingin menjadi penyanyi anime song cover sepenuh masa, ramai pihak meragui dengan keputusannya. Tentangan yang muncul boleh difahami kerana ketika itu Rina mempunyai kerjaya yang bagus dan pendapatan yang stabil.

“Kadang kala belum tentu dapat show setiap minggu atau setiap bulan. Jadi pendapatan pun kurang stabil,” katanya.

Namun, suaminya terus memberi kata-kata semangat untuk menjadi seorang penyanyi sepenuh masa. Bagi suami Rina, untuk menjadi seorang penyanyi memerlukan masa dan latihan yang panjang.

Lama-kelamaan, ahli keluarganya dan orang sekeliling menjadi lebih terbuka dan mula menyokong karier nyanyiannya.

Setiap apa yang dilakukan mesti mempunyai pengalaman manis atau pahit

Setiap orang mempunyai cabaran tersendiri, begitu juga dengan Rina. Apabila pihak penganjur acara menarik diri dan membatalkan persembahan Rina, secara tak langsung ia akan menjejaskan sumber pendapatan.

Jelasnya, tindakan terbabit akan merugikan masa dan menyebabkan dia tidak dapat melakukan persembahan di acara yang lain.

Selain persembahan dibatalkan, mendapat hate comment daripada orang ramai juga menjadi kenangan pahit Rina.

Manakala membuat persembahan di luar negara pula merupakan antara pengalaman manis bagi dirinya.

“Saya pernah membuat persembahan di Singapura. Sebagai penyanyi Indie, saya jarang dapat peluang untuk perform di luar negara,” ujar Rina lagi.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kisah Rina Hime, boleh tonton video di bawah. Sementara itu, anda juga boleh mendengar lagu-lagu Rina di aplikasi Youtube.

BACA: Hajat Rasmi Pembukaan Tak Kesampaian, Barber Namakan Kedai “Manros” Sempena Nama Ibu Bapa