Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Permintaan AI Semakin Meningkat
Kredit: AFP

Malaysia Kini Sedang Meningkat Sebagai Kuasa Pusat Data Di Asia Tenggara

Athirah

Malaysia Kini Muncul Sebagai Kuasa Pusat Data Di Asia Tenggara

Malaysia kini sedang meningkat sebagai kuasa pusat data di Asia Tenggara dan berkembang di peringkat Asia seiring dengan peningkatan permintaan terhadap perkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut CNBC, Malaysia sebelum ini berjaya menarik pelaburan berbilion dolar untuk pusat data daripada pelbagai syarikat gergasi termasuk Google, Nvidia dan Microsoft.

Pengarah Urusan APAC, James Murphy berkata kebanyakan pelaburan baru untuk pusat data itu bertempat di Johor Bahru yang bersempadan dengan Singapura.

“Dalam beberapa tahun lagi, Johor Bahru sendiri berpotensi mengatasi Singapura untuk menjadi pasaran terbesar (pusat data) di Asia Tenggara,” ujar James.

Negeri selatan semenanjung Malaysia dinobatkan dalam Indeks Pusat Data Global DC Byte

Malah, CNBC turut melaporkan bahawa Johor Bahru telah dinobatkan sebagai lokasi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara dalam Indeks Pusat Data Global DC Byte 2024.

Dalam indeks tersebut, Johor Bahru didapati secara keseluruhan mempunyai bekalan 1.6 gigawat pusat data. Ia termasuk projek-projek yang sedang dibangunkan dan projek-projek yang masih dalam peringkat perancangan ketika ini.

Difahamkan, kapasiti pusat data biasanya diukur berdasarkan jumlah tenaga yang digunakan untuk pusat data itu beroperasi.

Jika segala kapasiti pusat data yang sedang dirancang di seluruh Asia beroperasi, Malaysia hanya akan diatasi oleh negara yang lebih besar seperti Jepun dan India.

Setakat ini, Jepun dan Singapura merupakan negara peneraju utama di Asia dari segi kapasiti pusat data yang sudah beroperasi.

Bagaimanapun, indeks tersebut tidak memberikan pecahan terperinci tentang kapasiti pusat data yang ada di China.

Bekalan air dan tenaga menjadi cabaran untuk masa kini

Sebelum ini, kebanyakan syarikat akan memilih pasaran tradisional yang sudah bersedia seperti Jepun, Singapura dan Hong Kong untuk menempatkan pusat data masing-masing.

Bagaimanapun, pandemik global yang melanda telah memacu perkembangan transformasi digital dan pengaplikasian awan lebih pantas.

Ia kemudian membawa kepada lonjakan permintaan terhadap penyedia awan terutama dalam pasaran sedang berkembang seperti Malaysia dan India.

Dengan meningkatnya permintaan untuk penstriman video, permainan dalam talian dan pelbagai lagi, ini bermakna lebih banyak pusat data diperlukan.

Selain itu, permintaan untuk perkhidmatan AI yang berkembang pesat juga turut memerlukan pusat data khusus. Ia bagi menempatkan sejumlah data dan kuasa pengiraan yang diperlukan untuk melatih dan menggunakan model AI.

Pada masa yang sama, untuk membina pusat data memerlukan ruang, bekalan tenaga dan air untuk tujuan penyejukan.

Oleh kerana itu, Malaysia yang menawarkan kos tenaga dan tanah yang lebih murah menjadi pilihan yang ideal berbanding negara bandar seperti Hong Kong dan Singapura yang memiliki sumber tanah yang terhad.

BACA: 5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Dengan Ideologi IS

Sumber: CNBC