Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pau marti harimau malaya
Gambar: FAM

Pau Marti Vicente Dilantik Pengendali Baharu Harimau Malaya

Iqbal Yasir

Pau Marti Vicente Dilantik Pengendali Baharu Harimau Malaya

KUALA LUMPUR — Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya hingga hujung tahun ini, lapor RTM.

Difahamkan, pelantikan itu berkuat kuasa hingga kempen Piala AFF 2024 yang akan berlangsung Disember ini, menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

“Pihak pengurusan FAM telah membuat penstrukturan semula kontrak semasa Pau Marti dan bersetuju untuk beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih sehingga selesai kempen AFF 2024.

“Kedudukan sama ada Pau Marti akan diberi tanggungjawab ketua jurulatih akan diputuskan kemudian oleh pihak pengurusan FAM berdasarkan situasi semasa,” ujarnya dalam sidang media pengumuman skuad Harimau Malaya ke Pestabola Merdeka 2024 di Wisma FAM semalam.

Dalam pada itu, jurulatih baharu kebangsaan itu berkata kepercayaan yang diberikan FAM ini akan digalas sebaik mungkin menerajui Harimau Malaya.

“Saya gembira untuk menerima cabaran ini. Saya menghargai kepercayaan yang diberi oleh FAM terutama Presiden terhadap kemampuan saya dan percaya dengan projek ini,” jelasnya.

Manakala Penolong Ketua Jurulatih pula disandang oleh Juan Torres Garrido sepanjang kempen antarabangsa kelak.

26 pemain tersenarai dalam Pestabola Merdeka

Menurut Vicente, dia telah mempunyai 26 senarai pemain yang bakal dibawa dalam Pestabola Merdeka edisi ke-43 pada 4 September ini.

Seramai 18 pemain yang beraksi ketika kempen Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Lapan lagi pemain yang disenaraikan semula adalah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Darren Lok dan Syafiq Ahmad.

BACA JUGA: Video Kim Pan Gon Ketika Muda Tular, Ramai Puji Kacak

Bagaimanapun, nama Faisal Halim tiada dalam senarai pemain pada kali ini.

Vicente meluahkan dia berasa gembira dan percaya bahawa pilihan terbaik ini mampu mencapai matlamat.

“Semestinya kami perlukan pemain berpengalaman namun dalam masa sama kami juga perlukan pemain muda untuk belajar dan bersedia bila diperlukan,” katanya lagi.

Difahamkan, kesemua pemain bakal memulakan kem latihan pusat bermula 29 Ogos ini.

Julai lalu, Kim Pan-Gon mengesahkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia.

Sumber: RTM

BACA JUGA: Kim Pan-Gon Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya