Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bonnie bunyau emas rekod dunia
Gambar: RTM Klik

Bonnie Bunyau Gustin Raih Emas, Pecah Rekod Dunia

Athirah

Bonnie Bunyau Gustin Raih Emas, Pecah Rekod Dunia

Atlet power lifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila menyumbangkan emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Lebih manis, beliau turut memecahkan rekod dunia dalam acara 72 kilogram (kg) menerusi angkatan ketiga dengan berat angkatan 232 kg.

Rekod dunia yang dipecahnya merupakan rekod yang dicatatkan oleh beliau sendiri, iaitu angkatan seberat 231 kg di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bonnie Bunyau sumbang emas kedua negara, pecah rekod dunia milik sendiri

Dalam aksi akhir ini, Bonnie bermula cemerlang apabila berjaya mengangkat angkatan seberat 221 kg pada percubaan pertama.

Beliau kemudian menambah berat angkatan kepada 226 kg pada percubaan kedua sebelum memperbaharui rekod dunia pada percubaan ketiga.

Ini merupakan pingat emas kedua Bonnie di Sukan Paralimpik selepas memenangi pingat yang sama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sementara itu, atlet yang mewakili China, Hu Peng membawa pulang pingat perak dengan angkatan terbaik 214 kg. Manakala gangsa menjadi milik atlet Itali, Donato Telesca menerusi angkatan seberat 213 kg.

BACA: Luas & Selesa, Surau IOI City Mall Adakan Solat Jumaat Pertama Hari Ini

Secara keseluruhan, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam carta kutipan pingat dengan dua emas, satu perak dan satu gangsa setakat ini.

Emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 disumbangkan oleh jaguh badminton para, Cheah Liek Hou menerusi acara perseorangan lelaki SU5.

Selain itu, pingat perak pula disumbangkan oleh jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru lelaki F20.

Manakala atlet olahraga yang berasal dari Sabah, Eddy Bernard menyumbangkan pingat gangsa yang juga pingat pertama negara di temasya Paralimpik kali ini menerusi acara acara 100 meter (m) lelaki T44.

Sumber: RTM Klik