Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
roti kaya ala kopitiam
Kredit: Ziera Xiera

Mudah & Cepat Siap, Ini Resipi Roti Kaya Bakar Ala Kopitiam

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Mudah & Cepat Siap, Ini Resipi Roti Kaya Bakar Ala Kopitiam

Roti putih merupakan antara makanan yang menjadi pilihan untuk dimakan ketika sarapan. Tambahan pula faktor penyediaan yang ringkas dan mengenyangkan, hidangan berasaskan roti sentiasa bertakhta di hati para ibu.

Namun, ada waktunya roti yang diletak di atas meja makan tidak mendapat sambutan anak-anak. Akhirnya, makanan yang punyai jangka hayat pendek itu terbiar sehingga tarikh luput menjengah.

Apa nak buat bila roti yang selambak itu tidak sempat nak dihabiskan?

Jangan khuatir, seorang pengguna Facebook ada penyelesaian untuk anda. Ziera Xiera telah berkongsi satu resipi ringkas dan mudah, yang pastinya membuatkan roti yang tidak dipandang tadi lesap dalam sekelip mata.

BACA: Resipi Roti Mayonis Keju Tarik, Ringkas Dan Menyelerakan

Ikuti perkongsian resipi roti bakar tak kedekut ala kopitiam berikut.

Untuk buat resipi ini, anda hanya perlu tiga bahan iaitu roti putih, kaya dan mentega.

Cara buat roti kaya ala kopitiam ini mudah saja. Keluarkan roti putih dan potong dua. Anda boleh juga buang kerak di tepi roti, jika mahu.

Kemudian, sapukan kaya di atas roti. Jangan kedekut, sapukan saja kaya setebal yang anda mahu untuk kesan lelehan nanti.

BACA: Warna Memikat Selera, Ini Resipi Bubur Candil Keledek Ungu

Begitu juga dengan potongan mentega. Ketika mentega masih keras, potong setebal lebih kurang setengah ke satu sentimeter. Kemudian, potong tiga pula bagi setiap satu potongan besar tadi.

Susun mentega di atas roti yang telah disapu kaya. Biarkan mentega berjarak antara satu sama lain seperti dalam gambar berikut. Selepas itu, tutup di bahagian atas dengan satu lagi lapisan roti yang juga telah disapu kaya.

roti kaya ala kopitiam
Kredit: Ziera Xiera

Gabungan lebihan kaya dan mentega yang dipanaskan nanti akan menghasilkan lelehan inti yang bakal membuat anak-anak kecur liur.

Setelah itu, masukkan roti ke dalam ketuhar dan bakar selama 10 hingga 15 minit dengan suhu 200 darjah Celsius. Bagi anda yang menggunakan air fryer, anda boleh juga tetapkan suhu antara 130 hingga 140 darjah Celsius dengan tetapan masa yang sama jika anda tidak gemar roti yang mempunyai kesan hangus berlebihan.

Hasilnya, roti yang hampir-hampir terbazir tadi pasti licin sebelum anda sempat siap roti bakar batch kedua. Selamat mencuba.

Sumber: Ziera Xiera via Facebook Masak Apa Hari Ini

BACA: Mudah Rupanya, Ini Resipi Ikan Bawal Kukus Ala “Chinese Style”