Siti Saleha Terima Anugerah “Outstanding Asian Star” Di Korea
Pelakon wanita popular, Siti Saleha telah menerima anugerah bagi kategori Outstanding Asian Star di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA) hari ini.
Lakonan mantapnya dalam drama bersiri ‘SeOfis’ telah memikat hati penonton, sekaligus menjadikannya salah seorang calon pilihan utama dalam anugerah yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Acara gilang gemilang yang berlangsung pada hari ini merupakan kali pertama dihadiri oleh pelakon jelita ini.
Difahamkan, trofi ‘Outstanding Asian Star’ telah ditentukan melalui proses undian secara global dan kategori ini turut menampilkan enam pemenang daripada enam negara iaitu Korea (Lelaki & Perempuan), Thailand, Malaysia, Singapura dan Filipina.
BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku
Menerusi beberapa hantaran di IG Story @sallywho, Siti Saleha kelihatan anggun mengayakan busana berwarna kuning sewaktu menghadiri acara anugerah itu.
Di samping itu, pelakon jelita ini turut memuat naik gambarnya sedang memegang trofi yang baru sahaja dimenangi. Menerusi kapsyen di Instagram, @sallywho menulis “This is ours Malaysia” (Ini milik kita, Malaysia).
Mengenai Seoul International Drama Awards 2024 (SDA)
Menurut portal seouldrama, acara ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 serta memainkan peranan penting dalam mempromosikan kepelbagaian budaya melalui drama.
Kini ia menjadi platform global yang meraikan bakat-bakat dari seluruh dunia. Bagi tujuan menghargai pelakon yang menyerlah dalam industri drama sepanjang tahun lalu.
Pemenang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, dengan tempoh undian berlangsung dari 15 Jun 2024 hingga 14 Julai 2024.
https://x.com/HSehun94/status/1838867705929281751
BACA: Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”
BACA: Hujan Lebat Dijangka Badai Hampir Seluruh Semenanjung Hingga 6 Petang Ini
Sumber: @sallywho via Instagram, seouldrama