Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
robot optimus elon musk
Kredit: WholeMarsBlog/Tesla Owners SV

Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

Azizah Najib

Boleh Buat Aktiviti Macam Manusia, Elon Musk Perkenal Robot Optimus

Tesla secara rasminya memperkenalkan robot yang mampu mengemas rumah selain berbual seakan-akan manusia, lapor Business Standard.

CEO syarikat tersebut, Elon Musk mendakwa robot Optimus mampu melakukan apa sahaja yang disuruh. Elon turut menjangkakan Optimus bakal dijual pada harga antara USD20,000 hingga USD30,000.

“Optimus akan berjalan dalam kalangan anda dan hidangkan minuman untuk anda,” katanya dalam sebuah majlis anjuran syarikat tersebut.

BACA: Rasai Sendiri Dunia Sepi, Permainan Video “A Quiet Place” Bakal Temui Peminat

Menurutnya lagi, potensi robot tersebut tidak berpenghujung. Optimus dikatakan dapat menjadi pembantu rumah, menjaga anak-anak, potong rumput, malah turut berkemampuan menghidangkan minuman.

“Saya percaya, produk ini bakal menjadi ciptaan paling signifikan. Mungkin semua dalam kalangan 8 bilion orang di Bumi ini akan mahukan satu ‘kawan’ Optimus.

“Optimus bakal melakukan revolusi yang tidak pernah dilihat terhadap dunia ini,” ujarnya.

Menerusi majlis We, Robot, Optimus dilihat berbual bersama para tetamu dengan pertuturan yang lancar seperti seorang manusia.

BACA: Pelakon Suara Doraemon, Nobuyo Oyama Meninggal Dunia

Selain itu, robot tersebut turut menghidangkan minuman kepada para tetamu, malah mampu bermain permainan ‘o-som’.

Terdahulu, Elon mendedahkan kebolehan Optimus melipat baju menerusi laman X miliknya. Ketika ujian tersebut, Optimus mampu melipat sehelai kemeja-T walaupun tidak begitu kemas.

Konsep kewujudan robot humanoid ini pada asalnya diumumkan dengan nama Tesla Bot ketika persidangan AI Day pada 2021. Ketika itu, Tesla menyasarkan untuk menghasilkan sebuah mesin yang mampu mengambil alih tugas-tugas yang berbahaya, berulang, atau yang membosankan buat manusia.

Bermula saat itu, Tesla dilihat sentiasa mengumumkan perkembangan terbaru Tesla Bot sehingga berjaya menghasilkan Generasi Kedua robot tersebut baru-baru ini.

Pada 2022, satu prototaip yang mampu berjalan, mengutip barang dan menyiram pokok dipersembahkan kepada umum. Ketika demonstrasi tersebut, Elon berkata itu merupakan detik pertama kali robot tersebut beroperasi tanpa sokongan luar. Dia turut memaklumkan kepada orang ramai tentang langkah keselamatan yang diambil ketika itu.

“Kami tak mahu robot tu terjatuh di bahagian wajahnya,” Elon berseloroh.

Selain itu, Tesla turut memperkenalkan kenderaan elektrik sepenuhnya yang mampu pandu sendiri, Robotaxi dan Robovan. Kedua jenis kenderaan ini tidak mempunyai stereng, pedal mahupun pemandu.

BACA: Jentera Ikonik, R32 Skyline GT-R ‘Ori’ Dicuri Dari HQ Nissan Australia

Sumber: Business Standard, AFP, Tesla