PSSI Hantar Surat Kepada AFC, Protes Tindakan Pengadil
Persatuan Bolasepak Indonesia, PSSI bakal mengemukakan protes terhadap tindakan pengadil ketika perlawanan Indonesia dan Bahrain di Stadium Kebangsaan hari ini, lapor Kompas.
Exco PSSI, Arya Sinulingga berkata pihaknya akan menghantar surat protes kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan tindakan pengadil dari Oman, Ahmed Abu Bakar Al Kaf.
Pengadil tersebut menimbulkan kontroversi apabila tidak menghentikan perlawanan apabila masuk minit ke-96. Tindakan ini didakwa menyebabkan Bahrain menyamakan kedudukan dengan Indonesia.
“Ya, kita kirim surat protes. Kami sangat kecewa dengan kepimpinan pengadil, seperti menambah waktu sehingga Bahrain sempat menjaringkan gol,” jelasnya.
BACA: Rasai Sendiri Dunia Sepi, Permainan Video “A Quiet Place” Bakal Temui Peminat
Pasukan Garuda sebelum itu telah berjaya mendapat dua jaringan gol daripada Ragnar Oratmangoen dan Rafael Struick. Dari pihak lawan, Mohamed Marhoon berjaya menyumbat gol pertama pada minit ke-15 dan gol penyamaan pada minit ke-90+9.
Ketika minit ke-90, pengadil telah menambah masa selama enam minit. Namun, pengadil tidak membunyikan wisel sehingga menyebabkan Bahrain sempat menjaringkan gol kedua mereka.
Disebabkan tindakan tersebut, pemain dan pegawai rasmi bertindak memprotes keputusan pengadil. Namun, Pengerusi Badan Pasukan Kebangsaan (BTN), Sumardji dilayangkan kad merah.
Pasukan Shin Tae Young itu terpaksa pulang dengan tiga mata terkumpul dalam Kumpulan C dengan catatan tiga keputusan seri. Mereka bakal bertembung pasukan China PR di Qindao Selasa nanti.
BACA: Jentera Ikonik, R32 Skyline GT-R ‘Ori’ Dicuri Dari HQ Nissan Australia
Sumber: Kompas