Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
permainan a quiet place
Kredit: Discussing Film/Saber Interactive

Rasai Sendiri Dunia Sepi, Permainan Video “A Quiet Place” Bakal Temui Peminat

Azizah Najib

Rasai Sendiri Dunia Sepi, Permainan Video “A Quiet Place” Bakal Temui Peminat

Apa yang korang akan buat kalau korang perlu hidup dalam dunia yang sepi? Agaknya boleh ke korang kekal bertahan tanpa buat sebarang bunyi yang boleh menyebabkan korang hilang nyawa?

Kalau korang masih ingat, sebuah filem pernah ditayangkan pada 2018 yang mengisahkan perjalanan kehidupan sebuah keluarga yang cuba meneruskan hidup tanpa membuat sebarang bunyi. Hanya dengan bunyi mainan di permulaan filem, para penonton terus dapat tahu bahaya yang menanti.

Ya, A Quiet Place, filem seram yang tidak memerlukan bunyi ‘hantu’ untuk menakutkan para penonton.

Setelah penghasilan filem sekuel, kini franchise A Quiet Place membuka peluang kepada para peminat untuk merasai sendiri kehidupan di dunia permainan yang sunyi sepi dan mendebarkan.

BACA: ‘A Quiet Place’, Kesunyian Yang Luar Biasa

Lari dari serangan makhluk asing, bergerak ke sana sini untuk selesaikan misi. Dengar macam cliche, kan? Jadi apa bezanya permainan A Quiet Place dengan yang lain?

Uniknya permainan ini, ia dapat mengesan bunyi dari mikrofon pemain. Syarikat pembangun permainan video, Saber Interactive dan Stormind Games memperkenalkan ciri khas ini iaitu Pengesanan Bunyi Mikrofon (Microphone Noise Detection) menerusi satu siaran media.

“Tingkatkan kegerunan (bermain) A Quiet Place yang tidak pernah dialami dengan pilihan ciri Pengesanan Bunyi Mikrofon. Dengan mengaktifkan mikrofon anda, makhluk asing (dalam) permainan dapat mengesan setiap bunyi yang anda hasilkan, membawa suasana seram ke seluruh bilik anda,” jelasnya.

Jadi, hati-hati. Tahan bersin, atau hilang nyawa.

BACA: A Quiet Place Day One ‘Review’ : Hati-hati, Kuatkan Jantung Dulu Sebelum Tengok

Seperti juga permainan video yang lain, permainan ini memperkenalkan satu watak baharu iaitu Alex Taylor, seorang pelajar kolej yang menghidap penyakit asma dan cuba untuk terus hidup di samping teman lelakinya, Martin.

Walaupun ada kemunculan watak baharu, sebenarnya permainan ini ada kaitan dengan ketiga-tiga filem sekuel A Quiet Place. Pemain ‘diuji’ dengan keluarga, penyakit dan menyambut kelahiran.

Buat anda yang dah tak sabar nak rasai keseraman dunia A Quiet Place: The Road Ahead, nantikan pelancaran permainan ini di platform Steam, Playstation 5 dan Xbox Series X pada 17 Oktober.

Sumber: Game Press, A Quiet Place, Saber Interactive, Entertainment Weekly

BACA JUGA: “Padi Rosak Sebab Banjir,” Realiti Petani Je Faham, Tapi Boleh Elak Rugi Kalau Pandai Buat Cara Ni