Siakap Keli
Adik Alisa Umairah
Kredit: @era.je via Instagram

Adik Alisa Umairah Disahkan Bebas Kanser Mata Tahap Empat

Adik Alisa Umairah Disahkan Bebas Kanser Mata Tahap Empat

Sebelum ini, kisah adik Alisa Umairah yang disahkan menghidap kanser mata tahap empat telah meraih perhatian orang ramai apabila video siaran langsung bapanya bersama pempengaruh menjadi tular.

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa kini dilaporkan telah bebas kansertersebut selepas menjalani tujuh kitaran kimoterapi.

Dalam perkongsian berkenaan, Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor.

Kunjungan berkenaan bertujuan untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.

Adik alisa bebas kanser mata tahap empat

Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.

Pada awalnya, adik Alisa berasa malu dengan kehadiran Elly Mazlein, namun lama-kelamaan dia menunjukkan rasa selesa.

Ibu kepada adik Alisa berkata, kanak-kanak ini perlu jalani rawatan susulan selepas berjaya melepasi tujuh kitaran kimoterapi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Instagram meluahkan rasa syukur kerana adik Alisa sudah bebas daripada kanser mata selepas mengalami pelbagai dugaan serta kesakitan selama ini.

Kisah Alisa Umairah menjadi tular selepas bapanya membuat ‘live’ di TikTok

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Nur Hisham Abd Hamid iaitu bapa kepada adik Alisa tidak menyangka asbab berkongsi kisah anak istimewanya menjadi permulaan rezeki buat zuriat bongsunya.

“Sebenarnya saya buat live sementara tunggu Alisa tidur. Sejak menjalani kimoterapi, Alisa sukar tidur dan hanya tertidur sekitar jam 2 atau 3 pagi.

“Tiba-tiba AcapS (pempengaruh TikTok) ajak bersiaran langsung bersama. Saya sembang, bercerita mengenai Alisa.

“Namun selepas siaran tamat, ramai yang DM (mesej di aplikasi) dan komen. Mereka mahu hulurkan bantuan, berdoa untuk Alisa. Saya anggap itu rezeki anak,” katanya.

Menerusi siaran langsung berkenaan, lelaki dari Johor itu berkongsi kisah anaknya yang gemar duduk dalam peti ais bagi mengurangkan rasa panas akibat kesan kimoterapi mengundang sebak pempengaruh itu serta penonton lain.

Nur Hisham berkata, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usia setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.

BACA: Lebih 100 Orang Dah Jadi Jutawan, Ini Cara Mereka Buat Untuk Menang RM1 Juta BSN SSP

Sumber: @era.je via Instagram

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.