Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
9 negeri dijangka hujan
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri & KL Hingga Petang Ini

Azizah Najib

Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri & KL Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 buah dan 1 Wilayah negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seluruh negeri Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka alami hujan lebat.

Di Kedah, amaran dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Selangor, hujan lebat dijangka landa kebanyakan kawasan di utara negeri. Antara daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

BACA: Dewan Rakyat Tangguh Hingga 10.30 Pagi, Ahli Parlimen Terperangkap Banjir

Terus ke selatan negara, hanya daerah Jelebu di Negeri Sembilan dijangka alami hujan lebat dan ribut petir.

Beralih ke pantai timur, MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Jeli dan Kuala Krai, Kelantan. Seterusnya melihat keadaan di Terengganu, hanya daerah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu dijangka alami cuaca buruk.

Di Pahang, hujan lebat bakal melanda kebanyakan kawasan merangkumi daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

Seterusnya di Sarawak, hujan lebat hanya melibatkan daerah Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau). Di Sabah pula, keadaan cuaca buruk dijangka dialami penduduk di daerah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

BACA: Murid Tabika Berdepan Detik Cemas, Naik Atas Meja Selepas Bilik Darjah Dilanda Banjir Kilat

Kredit: MetMalaysia

Pagi tadi, beberapa kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku berikutan hujan lebat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga menjejaskan perjalanan orang awam.

Dalam pada itu, kejadian banjir di landasan stesen LRT Sri Rampai ke Wangsa Maju turut menyebabkan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu, lapor Astro Awani.

BACA: Banjir Kilat Landa KL, Beberapa Kawasan Terjejas

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Astro Awani